Tak Merayu Lepas Dipecat, Digantung Itu Yang Tolak Demokrasi- Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Umno yang dipecat dan digantung itulah yang menolak demokrasi,” kata Ahli Majlis Kerja (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi.

Menurut beliau, pemecatan dan penggantungan juga adalah demokrasi.

Tegas Puad, ia diputuskan oleh MKT setelah dicadangkan oleh Lembaga Disiplin.

“Ada yang tidak mahu merayu, mereka itulah yang menolak demokrasi,” katanya dalam catatan Facebook pada Rabu.

Beliau menegaskan tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bukan alasan demokrasi sudah mati dalam Umno.

Puad sebaliknya memaklumkan, ia diputuskan secara demokratik oleh Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 dan keputusan itu diundi.

“Tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden bukan alasan demokrasi sudah mati. Ia diputuskan secara demokratik oleh PAU 2022. Ia diundi.

“Tidak sampai 60 orang yang membantah daripada 2,000 perwakilan,” ujar beliau lagi.

Puad menyatakan, dalam demokrasi ada pengundian.

“Menang dengan majoriti satu undi pun adalah demokratik.

“Tidak ada siapa boleh tuntut definisi demokrasinya adalah tulen.

“Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan juga adalah demokrasi mengikut acuan Malaysia,” tegasnya.

Malah kata Puad lagi, Umno tetap meriah kerana ramai yang menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden, ketua-ketua sayap, ketua-ketua bahagian bahkan di peringkat ketua cawangan.

“Siapa kata demokrasi sudah mati dalam Umno? soalnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat