Aiman Tino nikah April ini

- Advertisement -

Petaling Jaya : Penyanyi, Aiman Tino, 25, merancang untuk bernikah dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa, 24, selewat-lewatnya pada April ini.

Aiman berkata, majlis pernikahan bakal berlangsung sebelum atau selepas Ramadan nanti dan majlis resepsi pula pada Jun atau Ogos tahun ini.

Ditanya kriteria yang ada pada Syarah, kata Aiman, wanita itu memenuhi ciri-ciri wanita idamannya.

“Saya terpikat dengan keayuan dan sikap lemah-lembutnya.

“Pada masa sama, kami juga mengusahakan perniagaan biskut bersama-sama. Selepas menjalin hubungan serius tidak sampai setahun, kami memutuskan untuk melangkah ke fasa perkahwinan,” katanya yang mula berkenalan dengan Syarah pada 2019 dan hubungan itu menjadi serius tahun lalu.

Bercakap mengenai pertunangan, Aiman berkata, mereka merancang untuk bertunang sehari sebelum majlis pernikahan nanti.

“Sebenarnya, ramai orang salah faham dan menyangka majlis merisik sebelum ini adalah majlis pertunangan. Sebenarnya ia hanya majlis merisik dan kami masih belum bertunang,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Tonton Original Irama Kita, di sini, hari ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat