Beri Bantuan Kemanusiaan Kepada Turkiye – Syria

- Advertisement -

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia menyalurkan bantuan kemanusian kepada kerajaan Turkiye dan Syria berikutan tragedi gempa bumi kuat melanda negara itu.

Baginda bertitah, bantuan kemanusiaan perlu disalurkan jika negara terbabit memerlukan bantuan.

“Kalau perlukan bantuan, kita hulurkan bantuan dan harus beri bantuan,” titahnya.

Baginda bertitah selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat Ubadiah Al-Jariah, dekat Taman Guru, di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Gempa bumi kuat dilaporkan melanda wilayah selatan Turkiye Kahramanmaras pada awal pagi Isnin, dan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turkiye memaklumkan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan itu berpusat di daerah Pazarcik.

Menurut laporan Reuters, sebanyak 5,894 kematian direkodkan di Turkiye, manakala di Syria lebih 1,900 kematian dilaporkan setakat ini.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian dan menyeru kepada semua rakyat negara ini dapat sama-sama mendoakan keselamatan rakyat negara itu.

“Agak sesuatu yang malang bagi rakyat di sana dan saya harap kita sama-sama berdoa, sembahyang hajat agar Allah dapat memberikan sedikit rahmah kepada mereka yang kehilangan nyawa.

“Saya juga harap semua mangsa banjir yang berpindah boleh pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat memandangkan keadaan cuaca baik sejak kelmarin,” titahnya lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat