CYBERJAYA – Ahli Parlimen Segamat, Edmund Santhara Kumar yang juga adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya dilaporkan telah menghantar surat keluar daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), minggu lalu, lapor FMT.
Laporan itu mendakwa, Edmund Santhara yang memegang jawatan ketua sayap bukan Bumiputera dalam Bersatu mengambil tindakan itu setelah melihat tiada masa depan untuk Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam Bersatu.
“Dia dah hantar surat keluar parti minggu lalu kepada setiausaha agung, presiden pun dah tahu.
“Jadi Bersatu cuba nak pujuk dia sekarang untuk ubah keputusan tu, tapi dia cakap dia akan teruskan,” kata laporan itu yang memetik sumber yang tidak dinamakan.
Menurut laporan itu, sebelum ini Edmund Santhara dilantik sebagai ketua pertama bagi sayap bukan Bumiputera atau sayap Bersekutu parti Bersatu pada September tahun lalu.
Beliau juga adalah Ahli Parlimen bukan Bumiputera pertama yang menyertai Bersatu pada Ogos 2020.
- PAS Tolak Jajaran Baru Diusahakan Bersatu Jika Libatkan DAP – Hashim
- PAS Gagal Tekan Ahli Wajib Undi PN, Ramai Pengundi Tak Balik Mengundi PRN Johor – Bersatu Ampang
- Bersatu Kuat, Tak Gentar Tindakan Zuraida Keluar Parti – Hamzah
Laporan itu turut menyebut, sumber yang dirujuk itu menegaskan, dengan keputusan Edmund Santhara itu bermakna Bersatu akan kehilangan satu-satunya Ahli Parlimen bukan Bumiputera.
Untuk rekod, Edmund Santhara adalah antara 10 Ahli Parlimen yang mengikuti Datuk Seri Azmin Ali keluar dari PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai timbalan menteri wilayah persekutuan dalam Kabinet Muhyiddin .
Laporan sama memaklumkan telah menghubungi Edmund Santhara, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan bagi mendapat maklum balas mengenainya.
- AJK Sayap Bersekutu Bersatu Nafi Ahli Parlimen Keluar Parti
- Perjanjian Jawatan TPM, Muhyiddin Saran Hadi Rujuk Takiyuddin
- Bersatu Akan Berusaha Jadikan Muhyiddin PM Sekali Lagi – Afif Bahardin
- Lantik TPM Dari PN Akan Perkukuh Kabinet, Kesal Najib Pertikaikannya – Armada Bersatu
- Bekas Ahli Parlimen PKR Dedah PH Fitnah Najib, UMNO Rompak RM19 Bilion