AJK Sayap Bersekutu Bersatu Nafi Ahli Parlimen Keluar Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang bertiup kencang kononnya Ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Santhara Kumar sudah keluar parti itu adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya, Santhara itu masih lagi setia dengan Bersatu dan akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Ahli Jawatankuasa Sayap Bersekutu Pusat Parti Bersatu, MU Raja kepada MalaysiaGazette sebentar tadi

Beliau yang juga pegawai khas kepada Santhara agak terkejut dengan laporan berita konon Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Budaya itu sudah keluar Bersatu.

“Tidak benar sama sekali. Datuk Seri Dr Santhara Kumar masih lagi ahli Bersatu dan sentiasa menyokong kepimpinan Muhyiddin.

“Dalam masa terdekat, beliau akan memberikan kenyataan rasmi berhubung jawatan Ketua Sayap Bersekutu. Harap bersabar.

“Laporan berita yang mendakwa kononnya tiada masa depan untuk Ahli Parlimen bukan Bumiputera dalam Bersatu adalah tidak benar,” katanya ringkas.

MU Raja mengulas dakwaan portal berita bahawa Santhara yang juga Ahli Parlimen Segamat telah menghantar surat keluar Bersatu minggu lalu kepada Setiausaha Agung parti dengan pengetahuan presiden dan kini sedang memujuk beliau untuk mengubah keputusan tersebut.

Untuk makluman, Santhara yang juga bekas ahli PKR menjadi Ahli Parlimen bukan Bumiputera pertama menyertai Bersatu.

Kemudian pada persidangan agung tahunan pada November dua tahun lalu, Bersatu mewujudkan sayap parti untuk anggota bukan Bumiputera dan bukan Melayu, yang dikenali sebagai ahli bersekutu. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat