Bersatu Kuat, Tak Gentar Tindakan Zuraida Keluar Parti – Hamzah

- Advertisement -

IPOH – Tindakan Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) tidak bermakna Bersatu dalam keadaan lemah.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan Zuraida itu adalah kehendak Ahli Parlimen Ampang itu sendiri dan tiada kaitan dengan keadaan parti yang dituduh lemah.

Katanya, malah Bersatu sebuah parti yang kuat berdasarkan jumlah yang dibarisi parti itu dalam Kabinet.

“Bersatu tidak lemah. Mana-mana orang yang keluar dari mana-mana parti, itu kehendak dia sendiri dan dia tidak ada kena mengena dengan kedudukan parti.

“Yang penting kita tak gentar. Bersatu parti yang kuat seperti yang ada dalam Kabinet, jadi jangan cuba mengadu domba kerana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jadi Perdana Menteri, jumlah kedudukan (sokongan) yang ada pada beliau sedikit saja, yang lain-lain itu dari parti-parti lain.

“Jadi saya nak ingatkan Ahmad Maslan jangan rasa besar sangat,” kata beliau pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Hamzah ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan tindakan Zuraida keluar daripada Bersatu menunjukkan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu semakin lemah.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, Malaysia dan Thailand akan berbincang mengenai isu keselamatan pintu sempadan kedua-dua negara khususnya daripada serangan pengganas susulan kejadian siri letupan bom dan tembakan yang berlaku di Tak Bai, Thailand baru-baru ini.

Kata Hamzah, eliau akan bertemu dengan menteri dalam negeri Thailand dalam masa terdekat bagi membincangkan kerjasama dua negara termasuk mendapatkan kepastian mereka yang telah disenaraikan sebagai pengganas melibatkan kedua-dua negara.

“Saya akan berunding dan bertemu dengan menteri dalam negeri Thailand untuk membincangkan bagaimana mendapatkan kepastian mereka yang disenaraikan sebagai pengganas.

“Sama ada mereka yang dari sana (Thailand) untuk masuk ke negara kita atau mereka yang telah disenaraikan dari Malaysia ke sana. Itu semua akan dibincangkan.

“Kita mahu kerjasama yang diadakan antara Malaysia-Thailand itu nanti dapat memastikan bahawa pengganas ini adalah sesuatu yang merugikan mana-mana negara pun,” katanya.– Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat