Chef Anis Nabilah terus cipta nama, pengiktirafan antarabangsa jadi pembakar semangat

Pengalaman, kesungguhan dan minat mendalam terhadap dunia masakan menjadi antara kekuatan yang membawa personaliti kulinari tempatan, Chef Anis Nabilah, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri gastronomi.

Terbaharu, perjalanan anak seni kulinari itu menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai penerima TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026 pada Anugerah World Top Gourmet Kali Ke-8 yang berlangsung di Andaman Grand Ballroom, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Bagi Anis atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin, penghargaan tersebut bukan sekadar satu pencapaian peribadi, sebaliknya menjadi tanda bahawa segala pengalaman, usaha dan cabaran yang dilalui sepanjang berada dalam bidang kulinari mempunyai nilai tersendiri.

Menurutnya, perjalanan sebagai seorang cef telah membuka banyak ruang untuk dirinya belajar, mencuba perkara baharu serta mendapatkan inspirasi daripada individu yang ditemui sepanjang kerjaya.

Beliau turut mengakui masih mempunyai banyak impian yang ingin direalisasikan, selain berharap dapat terus berkongsi minat dan kecintaannya terhadap dunia masakan dengan lebih ramai orang.

“Sepanjang perjalanan saya dalam bidang masakan, terlalu banyak pengalaman yang saya lalui dan ramai juga yang telah memberi inspirasi kepada saya. Setiap peluang dan cabaran yang datang banyak membentuk diri saya sebagai seorang chef,” katanya.

Anis turut merakamkan penghargaan kepada pihak World Gourmet atas kepercayaan yang diberikan, selain tidak melupakan keluarga, rakan-rakan serta rakan sekerja yang sentiasa menjadi sumber kekuatan sepanjang perjalanan kerjayanya.

Sementara itu, penganjuran Anugerah World Top Gourmet tahun ini turut menghimpunkan tokoh-tokoh penting dalam industri kulinari dan hospitaliti antarabangsa, sekali gus menjadi platform mengiktiraf sumbangan cef, usahawan serta jenama makanan dan minuman (F&B) yang mencipta nama di peringkat serantau.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Steven Sim selaku Tetamu Kehormat, selain dua ikon kulinari terkenal iaitu Adjunct Professor Datuk Chef Wan dan Master Chef Dr Martin Yan sebagai Cef Kehormat.

Antara tokoh antarabangsa yang turut hadir termasuk Master Chef Thomas Gugler, bekas Presiden World Chefs Association, Master Chef Jeffrey Tan, OAM, pengasas Cooking for Charity, serta Lady Puan Sri Datin Sri Dr Susan Cheah selaku Penaung World Gourmet.

Pengiktirafan turut diberikan kepada pelbagai jenama F&B terkenal dari China, Taiwan dan Vietnam, selain beberapa nama tempatan seperti Andaman Seafood Village, Cooper Mansion dan Seri Bako by Kwan Kee.

Turut menerima penghormatan ialah pengasas restoran ikonik Village Park, Madam Kwan’s dan D’Tandoor, selain penggiat industri serta personaliti popular termasuk Cousin Edison, Yeung Ming dan DJ radio Emely Poon.

Kejayaan Anis dalam majlis berprestij itu sekali gus menambah satu lagi pencapaian dalam perjalanan kerjayanya, selain menjadi dorongan untuk terus berkembang dan membawa nama industri kulinari tempatan ke tahap lebih tinggi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat