Malaysia Kecam Serangan Peluru Berpandu Ke Atas Loji Minyak Arab Saudi

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia mengecam dan mengutuk keras serangan peluru berpandu oleh kumpulan pengganas Syiah Houthi yang menyasarkan kemudahan loji minyak milik Arab Saudi di Jeddah, awal pagi Isnin lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar, Malaysia menyatakan sokongan dan solidariti persaudaraan dengan kerajaan Arab Saudi berikutan insiden berkenaan.

“Serangan tersebut jelas mencabuli undang-undang antarabangsa serta menjejaskan usaha keamanan dan proses kestabilan di rantau berkenaan,” katanya, dipetik dari laporan Utusan.

Dalam masa yang sama, Malaysia turut mendesak semua pihak supaya menghindari tindakan provokatif sambil menyeru penyelesaian perdamaian untuk konflik di Yaman melalui sesi dialog.

Terdahulu, agensi berita rasmi Arab Saudi, SPA melaporkan, serangan peluru berpandu Quds 2 pada pukul 3.50 pagi waktu tempatan itu menyebabkan kebakaran besar di sebuah tangki minyak negara itu.

Pasukan bomba Arab Saudi berjaya memadamkan kebakaran yang disebabkan serangan tersebut dan tiada korban jiwa meskipun berlaku kerosakan agak besar di tangki yang berkapasiti 500,000 tong itu.

Sementara itu, jurucakap kumpulan pengganas Syiah Houthi di Yaman yang mendapat sokongan Iran, Yahya Saree menerusi kenyataan media mengakui pihaknya bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat