Jual Kerepek Di Pasar Malam, Raih Pendapatan RM200 Ribu Sebulan

- Advertisement -

H: Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
S/H: Dulu berniaga kerepek di pasar malam, kini jualan capai RM200,000 sebulan

Inilah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan seorang wanita yang tidak malu untuk berniaga kuih dari rumah ke rumah dan pasar malam demi membantu orang tuanya sejak berusia 18 tahun.

Norzamira Zakaria,40, berkata, sebaik sahaja tamat persekolahan di tingkatan 5, dia terus mengambil lesen memandu untuk memudahkan dia berniaga kuih dan kerepek di sekitar pasar malam di sekitar Kedah dan Pulau Pinang dengan menggunakan sebuah van lama.

Menurut Zamira, pada mulanya dia hanya menjual kuih yang dihasilkan oleh ibunya, Akiah  Bakar yang kini berusia 70 tahun dan membeli pelbagai jenis kerepek daripada pembekal  lain.

“Ketika berniaga pasar malam pendapatan saya cuma kira-kira RM600 sebulan, untuk menambah pendapatan dan menjaga kualiti serta rasa kerepek, saya mula terfikir untuk  buat produk (kerepek).

“Dan apabila saya sendiri yang membuatnya , pernah tidak menjadi dua tiga kali, tapi saya tak pernah putus asa. Ibu saya banyak memberi dorongan supaya saya terus buat dan buat.

“Akhirnya saya berjaya hasilkan kerepek ubi, kerepek bawang, karipap mini, kuih tiram, kerepek gunting, dan pelbagai jenis keropok dengan resepi sendiri,” katanya ketika  ditemui di bengkelnya di Kampung Raga di sini.

Bercerita lanjut, ibu kepada dua orang anak ini berkata, untuk memajukan perniagaan dia mendengar nasihat ibunya agar membuat pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Katanya, sebagai permulaan dia membuat pinjaman sebanyak RM3,000 untuk memperbesarkan bengkel di tepi rumahnya pada tahun 2016.

“Selepas membuat pnjaman sebanyak RM3,000, saya terus tambah lagi pinjaman hinggalah pinjaman maksimum RM30, 000. Sejak itu perniagaan saya semakin maju dan saya mula menggaji lebih ramai pekerja. Sekarang saya sudah ada 20 orang pekerja yang terdiri daripada anak-anak tempatan.

‘Saya juga sudah menyewa dua lot kedai di tepi jalan untuk menjual 30 jenis kuih dan kerepek pelbagai perisa. Saya namakan syarikat saya sebagai Kenari Bangkit Enterprise sempena kuih bangkit yang dihasilkan ibu saya sebelum ini,” katanya.

Norzamira berkata, kedai itu turut menjual pelbagai jenis kerepek dan kuih yang diusahakan oleh adik beradiknya dengan harga yang lebih murah bertanding tempat lain.

Katanya, dia sangat berterima kasih dengan AIM yang banyak membantu dan memudahkan urusannya untuk membuat pinjaman sehingga dia berjaya dalam perniagaan.

“Pendapatan bulanan saya sekarang kira-kira RM30,000 sebulan, dengan jualan kerepek sebanyak 70 tan atau RM200,000. Pelanggan saya datang dari negeri-negeri di utara dan permintaan selalunya akan meningkat sekali ganda menjelang hari raya dan musim cuti sekolah,”katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat