Beri Mandat Semula, Bajet 2023 Untuk Sektor Komoditi Akan Dilaksana – PM

- Advertisement -

BERA – Pelbagai inisiatif telah dirancang untuk sektor komoditi selepas kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.6 bilion pada pembentangan Bajet 2023.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah itu juga termasuk kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai agensi utama yang mengawal selia aktiviti komoditi.

Sehubungan itu, Ismail berkata, beliau berharap agar seluruh rakyat dapat memberi mandat semula kepada kerajaannya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini agar semua peruntukkan tersebut dapat disalurkan.

“Insya-ALLAH, kesemua perkara tersebut akan dilaksanakan jika semua pekebun kecil di negara ini memberi mandat kepada Kerajaan saya pada PRU-15 akan datang,” ujarnya ketika berucap di Majlis Pekebun Kecil Makmur Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memajukan sektor komoditi negara ialah, sebanyak RM315 juta bagi Program Pembangunan Kawasan Bertanam Getah Pekebun Kecil untuk menggantikan pokok getah tua yang akan memberi manfaat kepada 387,000 pekebun kecil, kata Ismail.

Program Pembangunan Semula Hasil Baharu bagi menggalakkan pekebun kecil meneroka pendapatan baharu juga akan dilakukan selain getah seperti tanaman makanan jangka pendek dengan peruntukan RM40 juta, katanya.

“Bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah, Insentif Pengeluaran Lateks diperkenalkan bersamasama dengan program TARGET untuk menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui koperasi.

“Skim Perlindungan Pertanian akan turut diperkenalkan untuk melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca, penyakit dan makhluk perosak, bermula dengan pesawah padi,” katanya.

Selain itu, Orang Asli di Bera juga akan mendapat Projek Tanam Semula Ladang Orang Asli yang akan dilaksanakan merangkumi kerja-kerja penanaman semula getah dan kelapa sawit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat