CIMB Komited Tangani Insiden Penipuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – CIMB Group Holdings Bhd komited untuk meminimumkan insiden penipuan yang berlaku serta menangani isu terbabit berikutan bank dilengkapi dengan pelbagai peringkat langkah keselamatan untuk melindungi transaksi pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, pihaknya percaya bahawa keselamatan dan pencegahan penipuan adalah tanggungjawab bersama di antara bank dan pelanggan.

“Kami bekerjasama dengan semua pihak untuk memastikan pelanggan kami berwaspada dan berhati-hati dengan tidak tidak berkongsi butiran peribadi mereka dengan mana-mana pihak bagi meminimumkan penipuan atau menekan sebarang pautan mencurigakan.

“Kami juga sentiasa melakukan yang terbaik untuk melindungi pelanggan daripada penipuan.

“Namun jika butiran peribadi sudah dikongsi, maka ia akan memintas sebarang langkah keselamatan yang sudah dilaksanakan oleh bank, katanya pada sidang media pengumuman keputusan kewangan separuh pertama 2022 CIMB secara maya.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, CIMB mempunyai protokol khusus yang perlu dipatuhi sebelum boleh membekukan akaun keldai, iaitu akaun bank yang pemilik membenarkan orang lain untuk mengawalnya.

“Kami mempunyai protokol tertentu yang perlu dipatuhi, tetapi jika akaun itu terbukti sebagai akaun keldai, kami akan membekukan akaun terbabit serta-merta,” katanya.

Sementara itu, CIMB mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM1.28 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 berbanding RM1.08 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelum ini disebabkan pendapatan operasi yang lebih kukuh, manakala perbelanjaan operasi menurun.

Perolehan meningkat kepada RM4.88 bilion daripada RM4.62 bilion dan pendapatan operasinya sebanyak RM4.89 bilion pada suku yang dikaji adalah 5.7 peratus lebih tinggi berikutan peningkatan dalam pendapatan faedah bersih (NII) serta pendapatan bukan faedah (NOII).

Abdul Rahman berkata, pertumbuhan pendapatan yang kukuh, disiplin kos yang berterusan serta peruntukan yang lebih rendah di semua perniagaan dan pasaran menyumbang kepada prestasi positif pada separuh pertama 2022.

“Kami melihat trend peningkatan dalam pinjaman termasuk deposit kami, yang masing-masing mencatatkan pertumbuhan sihat sebanyak 6.8 peratus dan 5.7 peratus, berikutan usaha membentuk semula portfolio kami sudah mula membuahkan hasil,” katanya.

Selain itu, jumlah pinjaman kasar Kumpulan CIMB pada separuh pertama 2022 naik sebanyak 6.8 peratus kepada RM394.3 bilion dari tahun ke tahun manakala jumlah deposit menambah 5.7 peratus dari tahun ke tahun kepada RM444.3 bilion. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat