Sweet Charity Berjaya Gegarkan Arena Larkin, Johor Bahru

- Advertisement -

Konsert Sweet Charity yang berlangsung di Stadium tertutup Arena Larkin pada 29 julai lalu bagaikan menghilangkan rindu peminatnya setelah 10 tahun sweet charity tidak mengadakan konsert di Johor.

Konsert yang diberi nama Berita Gempa merupakan pengiktirafan dan penghormatan buat legenda hidup ikon Rock Nusantara seluruhnya.

Yang menariknya penonton yang terdiri daripada pelbagai usia tua muda dari seawal 20an hingga lah 70an menghadiri konsert tersebut membuktikan pengaruh Sweet Charity selama berdekat.

Persembahan dimulakan dengan  persembahan angklung dari saudara Max membawakan tiga lagu iaitu Sri Mersing, Lemak Manis dan Kita Insan Biasa yang di sampaikan secara instrumental.

Konsert Berita Gempa dimulakan dengan persembahan pembukaan tiga lagu malar segar sehingga ke hari ini iaitu Di Tahun 2000, Pelarian dan Hilang Gelap Terbitlah Terang yang seakan lagu ‘pemanas badan’.

Apabila lagu Dekatlah Padaku, Dunia Perlumbaan dan Sejuta Wajah yang mempunyai tempo perlahan dan rancak, sitausi berubah dan seakan meledakkan emosi penonton malam tadi apabila ramai yang menyanyikannya bersama-sama.

Persembahan Datuk Ramli Sarip selaku vokalis, Rahman Sarbani (pemain dram), Rosli Mohalim (gitaris) serta Ahmad Jaafar (kibodis/vokalis kedua) yang merupakan anggota klasik kumpulan ini dibantu seorang lagi gitaris dan kibodis serta pemain alat perkusi ternyata bertenaga sehingga membuatkan penonton ‘jadi gila’ dan turut menari bersama, namun persembahan masih dalam keadaan terkawal.

Stadium Arena Larkin digegarkan lagi dengan lagu Berita Gempa dan Musibah sebelum lagu Bagaikan Bermimpi, Terharu dan Jalan Malam dinyanyikan oleh Ahmad dengan lagu Jalan Malam berduet dengan Rosli.

Lagenda rock yang mempunyai tujuh album studio sejak 1979 itu turut mendendangkan lagu-lagu mereka yang pernah popular dan berkumandang di corong-corong radio satu ketika dahulu seperti Zakiah, Jangan Tunggu Lama-lama dan Raja Kumbang.

Sebelum meneruskan konsert dengan lagu ke-16 iaitu lagu saduran Tanjung Puteri yang pernah dinyanyikan Othman Hamzah dan amat sinonim dengan Johor, Ramli mengimbau satu sejarah kumpulan hitam itu semasa mengadakan persembahan di negeri tersebut.

“Kami pernah disenarai hitam daripada membuat konsert di Johor. Semasa bermain dalam ‘funfair’ di Taman Pelangi (Johor Bahru), pentas roboh dan mengakibatkan beberapa orangpengsan tetapi tiada kemalangan jiwa berlaku.

“Ini disebabkan penonton berpusu-pusu dan menolak antara satu sama lain. Tempat ‘funfair’ hanya boleh muat sekitar 3,000 orang tetapi pada hari itu yang datang 7,000 orang. Insiden ini menjadi tajuk utama akhbar keesokan hari.

“Kami diharamkan dari masuk Johor hampir satu tahun setengah. Ini cukup memberi kesan kepada anggota kami kerana banyak yang datang dari Johor seperti dari Muar dan Pontian,” katanya sebelum lagu Tanjung Puteri dimainkan secara akaustik.

Kemuncak malam Konsert Berita Gempa dihidangkan dengan lagu Apa Khabar Sayang, Seniman di Rantau, Datang dan Pergi, Batu, Lahirmu Bukan Untuk Dunia, Ribut 10.59 pagi, Kamelia, Teratai dan Penunggu.

Sebanyak 25 buah lagu keseluruhanya berjaya dipersembahkan pada malam tersebut membuatkan Penonton menjadi tidak keruan dengan pelbagai perasaan, sorak dan nyanyian bersama penonton membuktikan sweet charity tidak pernah dilupakan dan tetap hebat di hati mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat