Hishammuddin Adakan Lawatan Di PPV Bersama Duta China Ke Malaysia

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lembah Klang bersama Duta China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing.

Menurut Hishammuddin, 500,000 dos Sinovac sumbangan China secara percuma sudah mula dimanfaatkan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Ujar Hishammuddin yang juga Menteri Kanan Keselamatan lagi, memang menjadi harapan Wisma Putra mahu melihat peranan yang dimainkan oleh Kementerian ini sedikit sebanyak membantu usaha ke arah mencapai imuniti kelompok.

“Manfaat hubungan baik Malaysia-China khususnya di era pandemik #COVID19 berterusan apabila 500,000 dos Sinovac sumbangan Kerajaan China secara percuma mula digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas tiba di Malaysia baru-baru ini.” kata beliau melalui cacatan Facebooknya.

Turut sama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan YB Khairy Jamaluddin. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat