EPL: City Semakin Hampir Ikat Grealish

- Advertisement -

LONDON: Manchester City kini berada dalam ‘langkah akhir’ untuk melengkapkan perjanjian bernilai 100 juta pound (RM586.73 juta) bagi mendapatkan pemain Aston Villa, Jack Grealish dalam tempoh terdekat ini.

Laporan media antarabangsa mendedahkan yang City sudah bersedia untuk berada di meja rundingan bagi mendapatkan pemain kebangsaan England itu dan perbincangan terakhir dikatakan sedang berlangsung ketika ini.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sudah menggerakkan usaha mereka, yang bakal menjadi satu perjanjian termahal pernah dilakukan kelab Britain itu.

City sebelum ini yakin yang Grealish sudah bersedia meninggalkan kelabnya dan dilihat bakal memperoleh lebih daripada 200,000 pound (RM1.17 juta) seminggu di Stadium Etihad disebalik Villa cuba untuk mengekalkan kapten mereka itu.

Perpindahan dari Villa Park dianggap sebagai satu batu loncatan buat pemain berusia 25 tahun itu, dengan dia tidak pernah menyembunyikan hasrat beraksi di Liga Juara-Juara. City bagaimapun dilaporkan enggan memberi sebarang komen ketika dihubungi.

Pep Guardiola yang turut memasang radar ke atas Harry Kane, tampak bakal melepaskan salah seorang pemain mereka dalam pasukan utama pada minggu-minggu mendatang ini.

Bernando Silva yang kini kembali ke Akademi Bola Sepak City selepas melanjutkan percutian – berharap untuk kembali ke Iberia, manakala Atletico Madrid dan Barcelona dilaporkan berminat dengannya.

Ketika Villa berharap untuk mengekalkan Grealish, mereka bagaimanapun sudah melakukan langkah mengisi sebarang kekosongan yang ada dengan mengikat Emi Buendia dari Norwich dengan nilai 33 juta pound (RM193.62 juta).

Bintang Norwich yang lain di bahagian tengah, Todd Cantwell turut berada dalam pemerhatian mereka bersama dengan pemain sayap Bayer Leverkusen, Leon Bailey.

– Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat