Ada telefon pintar yang sekadar menjadi teman harian, dan ada juga yang hadir sebagai sebahagian daripada gaya serta ekspresi diri. Itulah pendekatan yang dibawa vivo menerusi model terbaharunya, vivo V80, yang bukan sahaja tampil dengan reka bentuk memikat, malah menawarkan pengalaman fotografi potret yang lebih mengasyikkan.
Mengangkat tema “Shine as We Are”, vivo V80 mengajak pengguna menampilkan personaliti masing-masing tanpa perlu terikat dengan kebiasaan. Gabungan kemasan Starwish Purple yang diinspirasikan daripada keindahan galaksi, reka bentuk True 3D Stellar Design dan teknologi fotografi ZEISS menjadikan peranti ini cukup menarik perhatian.
Selepas diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 4 November lalu, vivo V80 kini bersedia menemui pengguna menerusi jualan pertama yang bermula 28 November hingga 31 Disember 2026. Lebih menarik, pembeli berpeluang menikmati pelbagai ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,583, selain rebat dan pilihan pembayaran yang lebih fleksibel.
Antara tarikan utama yang menjadikan vivo V80 tampil berbeza ialah kemasan Starwish Purple. Mengambil inspirasi daripada keindahan langit malam yang dipenuhi bintang, warna ini memberikan sentuhan elegan dengan permainan cahaya yang berubah mengikut sudut pandangan.
Keunikan tersebut dihasilkan menerusi teknologi Laser Holographic Lithography yang membentuk reka bentuk True 3D Stellar Design. Bukan sekadar corak biasa pada permukaan telefon, teknologi ini menghasilkan kesan kedalaman dan pergerakan yang seakan-akan hidup apabila terkena cahaya.
Menariknya, penghasilan kemasan istimewa ini mengambil masa dua tahun dengan penyelidikan terhadap lebih 20 bahan khas serta penggunaan teknologi litografi berskala nano bagi menghasilkan 3,600 imej 4K di bahagian penutup belakang.
Penampilannya turut dilengkapi reka bentuk Flagship One-Piece Cold-Carved Glass yang menggabungkan penutup belakang dan modul kamera dalam satu permukaan lebih kemas, sekali gus memberikan penampilan yang moden dan eksklusif.
Namun, keistimewaan vivo V80 bukan hanya terletak pada rupa luarannya. Bagi mereka yang gemar merakam momen indah bersama keluarga, sahabat atau ketika mengembara, teknologi ZEISS 100mm Center-Stage Portrait menjadi antara ciri yang wajar diberi perhatian.

Dilengkapi ZEISS Planar Style Bokeh serta tona platinum lembut dengan kepekatan warna rendah, kamera ini membolehkan pengguna menghasilkan potret yang lebih ekspresif dengan tumpuan diberikan kepada subjek utama. Jarak fokus 100mm pula membantu mengurangkan gangguan latar belakang, menjadikan hasil gambar kelihatan lebih kemas dan menonjol.
Pengalaman fotografi turut diperkaya dengan Kamera Kreatif AI yang memberikan lebih banyak ruang kepada pengguna untuk bereksperimen dengan pelbagai gaya dan idea. Setiap gambar bukan sekadar rakaman kenangan, sebaliknya menjadi medium untuk menceritakan kisah serta keperibadian masing-masing.
Sempena jualan pertama ini, vivo Malaysia turut menyediakan pelbagai tawaran yang pastinya membuatkan pembelian vivo V80 lebih berbaloi. Sepanjang tempoh promosi, pengguna boleh menikmati rebat RM100 serta hadiah percuma vivo V Selection Watch V5 bernilai RM159, tertakluk kepada ketersediaan stok.
Tidak terhenti di situ, pembelian turut disertakan perlindungan vivo Care bernilai RM556 yang merangkumi waranti dua tahun, perkhidmatan waranti pelbagai negara selama setahun serta perlindungan skrin dan penutup belakang selama enam bulan.
Pengguna juga boleh menikmati langganan Google One dengan storan awan 100GB selama enam bulan secara percuma, diskaun sehingga RM200 untuk produk IoT menerusi tawaran Purchase With Purchase (PWP), selain akses Viu Premium selama tiga bulan.

Bagi memudahkan urusan pembelian, beberapa pilihan pembayaran turut disediakan. Pengguna SPayLater boleh menikmati diskaun RM150 dengan perbelanjaan minimum RM1,500 serta kemudahan ansuran 0 peratus selama enam bulan. Sementara itu, pengguna Atome berpeluang mendapat diskaun sehingga RM200 dengan pilihan ansuran 0 peratus untuk tempoh sama.
Tawaran menerusi PayLater by Grab pula menyediakan diskaun RM150 dengan perbelanjaan minimum RM1,500, manakala pembelian menggunakan pelan ansuran bank terpilih menawarkan rebat tambahan RM100. Mereka yang ingin menukar telefon lama juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM300 menerusi program tukar beli, tertakluk kepada syarat peranti terpilih.
Dari segi harga, vivo V80 ditawarkan dalam tiga pilihan konfigurasi storan dengan harga bermula RM2,499 selepas rebat eksklusif. Model 128GB ditawarkan pada harga RM2,499 berbanding harga runcit disyorkan RM2,599, dengan ansuran serendah RM104.13 sebulan selama 24 bulan.
Bagi pilihan 256GB, harganya bermula RM2,799 berbanding RM2,899, manakala varian 512GB pula ditawarkan pada harga RM3,399 berbanding harga runcit disyorkan RM3,499. Kedua-duanya turut menyediakan pilihan ansuran bulanan selama 24 bulan.
Dalam masa sama, kemeriahan pelancaran ini akan diteruskan menerusi roadshow vivo V80 “Shine As We Are” di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang, dari 3 hingga 6 Disember 2026.
Bertempat di ruang Main Atrium, pengunjung berpeluang mencuba sendiri keistimewaan telefon pintar potret berteknologi ZEISS ini menerusi tiga aktiviti interaktif yang disediakan. Mereka juga boleh menampilkan gaya masing-masing dan membawa pulang Photo Gift sebagai kenangan.
Sudah tentu, setiap pembelian vivo V80 sepanjang tempoh jualan pertama masih layak menikmati ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM1,583.
Dengan gabungan reka bentuk yang diinspirasikan daripada keindahan alam semesta, keupayaan fotografi potret ZEISS serta pelbagai tawaran pembelian, vivo V80 hadir sebagai pilihan buat mereka yang mahukan telefon pintar bukan sekadar memenuhi keperluan harian, tetapi turut mencerminkan gaya dan kreativiti diri.
Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V80 dan promosi jualan pertama, orang ramai boleh mengunjungi laman web rasmi vivo Malaysia di https://www.vivo.com/my atau mengikuti perkembangan terkini menerusi Facebook dan Instagram vivo Malaysia.



