Pahang Sasar ‘Herd Immunity’ Akhir Oktober – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan negeri itu akan mencapai sasaran ‘herd immunity’ menjelang akhir Oktober ini.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pada bulan Julai ini sahaja, Pahang telah menerima 581,000 dos vaksin, yang telahpun diberi suntikan kepada sebahagian besar rakyat negeri ini.

Ujar beliau lagi, Kerajaan Negeri kini amat berharap agar bagi tempoh tiga bulan pada Ogos, September dan Oktober 2021 ini, 840,000 dos vaksin lagi dapat diterima pada setiap bulan.

“Dengan ini, kita dapat beri suntikan kepada sebahagian lagi rakyat, seterusnya Pahang mampu mencapai 80 peratus penduduk atau wujudkan ‘herd immunity’ yang disasarkan, menjelang akhir Oktober ini, In Sya Allah.” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat