Tiada ‘abang long’ dalam hubungan BN-PN, saling hormat – Samsuri

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengambil pendekatan secara berhemah dan saling menghormati parti itu dengan Barisan Nasional (BN) dan menolak dakwaan wujud sikap ‘abang long’ antara kedua-duanya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kedua-dua pihak perlu duduk sebagai rakan setara dan saling menghormati serta mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Tidak ada abang long. Awal-awal lagi saya pernah sebut kepada rakan-rakan yang kita runding, tidak ada istilah abang long dalam perbincangan dan perundingan. Barulah kita duduk sebagai rakan yang setara untuk berbincang,” katanya ketika berucap pada Sambutan 70 Tahun PAS Kawasan Dungun dan Himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT 2.0) di Dungun, lapor Utusan.

Samsuri berkata, pengalaman kerjasama politik di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka juga menunjukkan kepentingan semua pihak untuk berjiwa besar bagi membolehkan muafakat politik dibentuk.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kedua-dua pihak mengambil pendekatan ‘berjiwa besar’ serta sikap berlapang dada sebagai komitmen masing-masing dalam mencari titik persamaan.

Samsuri turut menegaskan bahawa sebarang prinsip dan peraturan dalam rundingan perlu dilaksanakan secara konsisten serta tidak berubah mengikut kepentingan pihak tertentu.

Samsuri turut mengingatkan hasrat untuk menjadi calon pilihan raya bukanlah matlamat utama seseorang menyertai parti politik, sebaliknya kepentingan perjuangan dan matlamat yang lebih besar perlu diutamakan.

“Kerana menjadi calon di mana-mana kerusi bukan menjadi objektif menyertai parti politik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak supaya mengetepikan kepentingan peribadi, termasuk kedudukan dan peluang menjadi calon, demi memastikan kerjasama politik dapat dibentuk atas semangat muafakat dan kepentingan bersama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat