KUALA LUMPUR, 26 November 2026 – Perjalanan penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah bagi setiap wanita. Ada yang berdepan masalah penghasilan susu, saluran susu tersumbat, ketidakselesaan ketika mengepam malah cabaran membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu.
Menyedari hakikat itu, Anker eufy mengambil langkah untuk mendekati golongan ibu di Malaysia dengan menawarkan akses lebih mudah kepada produk pam susu berkualiti profesional menerusi rangkaian farmasi yang dipercayai.
Menerusi kerjasama dengan Serene dan Stellar Puchong, Anker eufy memperkenalkan Wearable Breast Pump S2 Pro dan Wearable Breast Pump E20 yang menjadi antara pam susu boleh pakai pertama dengan teknologi pemanasan yang ditawarkan di farmasi terpilih.
Langkah ini bukan sekadar memudahkan ibu mendapatkan produk berkaitan penyusuan, malah memberi lebih keyakinan ketika membuat pilihan kerana pembelian melalui saluran rasmi turut disertakan jaminan ketulenan produk, sokongan ahli farmasi serta perlindungan waranti.

Menariknya, kedua-dua produk ini direka untuk membantu ibu menikmati pengalaman mengepam susu yang lebih selesa tanpa terlalu terikat dengan rutin harian.
Menerusi teknologi HeatFlow™, pam susu berkenaan dilengkapi fungsi urutan haba yang membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat masalah seperti saluran susu tersumbat dan sakit payudara. Teknologi itu juga didakwa mampu meningkatkan penghasilan susu sehingga 35 peratus.
Selain itu, teknologi VibraPump™ pula membantu mengurangkan masa mengepam sehingga 30 peratus, sekali gus memberi lebih ruang kepada ibu untuk menguruskan pelbagai komitmen harian.
Country Manager Anker Malaysia, Jasmine Pan berkata, pihaknya percaya setiap ibu berhak mendapatkan akses kepada penyelesaian penyusuan berkualiti profesional yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Menurutnya, usaha membawa produk Anker eufy ke rangkaian farmasi terpilih merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memberikan lebih kemudahan dan keyakinan kepada ibu sepanjang perjalanan penyusuan mereka.
Dalam masa sama, Anker eufy turut melihat bahawa sokongan kepada ibu tidak seharusnya terhenti setakat menyediakan produk semata-mata. Pengetahuan dan bimbingan daripada golongan profesional juga memainkan peranan penting dalam membantu ibu menghadapi pelbagai cabaran penyusuan.

Perkara itu turut diberi perhatian menerusi sesi perkongsian ilmu yang menghimpunkan beberapa pakar kesihatan dan penyusuan, termasuk pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) dari Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur, Dr Noor Azrinawati Mohd Roslan, yang juga Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan (NLC).
Turut berkongsi pandangan ialah pakar O&G Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM merangkap wakil Malaysian Association of Maternal and Neonatal Health (MAMANEH), Dr Nur Faezza Mohd Mohtar serta perunding laktasi Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Puan Halijah Bee Md Zain.
Perbincangan tersebut menyentuh pelbagai isu yang sering dialami ibu, termasuk kebimbangan mengenai bekalan susu, masalah saluran susu tersumbat, kesukaran mengepam susu di tempat kerja serta tekanan emosi sepanjang tempoh penyusuan.
Antara perkara yang turut diberi perhatian ialah kepentingan memilih pam susu yang sesuai dengan keperluan individu, khususnya bagi ibu bekerja yang memerlukan penyelesaian lebih praktikal untuk meneruskan penyusuan walaupun mempunyai jadual harian yang padat.
Pendekatan ini memperlihatkan bahawa setiap ibu mempunyai pengalaman berbeza dan tidak semua cabaran boleh diselesaikan dengan cara yang sama. Justeru, mendapatkan maklumat tepat serta pandangan pakar boleh membantu ibu membuat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak.
Selain sesi perkongsian, Anker eufy turut menggalakkan ibu menyertai komuniti eufy Mom’s Club MY yang menjadi platform untuk berkongsi pengalaman, mendapatkan pengetahuan berkaitan penyusuan serta membina hubungan dengan ibu-ibu lain.
Dalam usaha lebih luas untuk memperkasakan golongan wanita dan keluarga, Anker eufy turut menyatakan sokongan terhadap peranan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam memperkukuh institusi keluarga di Malaysia.
Antara perkembangan yang diberi perhatian ialah pelancaran Laporan Penemuan Utama Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) 2024 sempena Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2026 (PERKKS26), yang menyediakan maklumat penting mengenai perubahan keperluan keluarga di negara ini.
Selari dengan usaha tersebut, Anker eufy berharap inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai penyusuan susu ibu, selain membuka lebih banyak ruang untuk wanita mendapatkan sokongan dan penyelesaian bersesuaian.

Bagi ibu yang berminat mencuba produk berkenaan, Anker eufy turut menawarkan promosi istimewa sempena jualan awal dan hujung tahun dengan harga bermula RM799 serta hadiah tambahan bernilai sehingga RM299, sementara stok masih ada.
Produk Anker eufy Wearable Breast Pump S2 Pro dan E20 boleh didapati menerusi farmasi terpilih serta kedai rasmi Anker eufy di Shopee.
Maklumat lanjut mengenai produk dan promosi terkini boleh diperoleh menerusi laman media sosial rasmi Anker Malaysia di Instagram, Facebook dan TikTok.
Secara keseluruhannya, usaha Anker eufy ini membawa mesej bahawa perjalanan penyusuan bukan hanya tentang mendapatkan pam susu yang sesuai, tetapi turut memerlukan ilmu, sokongan dan kemudahan yang boleh membantu ibu menjalani rutin harian dengan lebih selesa.



