Dari keyakinan wanita ke pentas anugerah, Bartech Beautee kini intai pasaran Asia

Setiap wanita berhak berasa cantik dengan caranya sendiri. Namun, bagi mereka yang bergelut dengan masalah jeragat dan pigmentasi, perjalanan untuk mendapatkan semula keyakinan diri bukanlah sesuatu yang mudah.

Menyedari hakikat itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bartech Beautee, Nurul Adlinna binti Mohammad Bakri, atau lebih mesra disapa Kak Lin, membawa misi tersendiri dalam membangunkan jenama penjagaan kulit tempatan berkenaan.

Baginya, Bartech Beautee bukan sekadar sebuah perniagaan yang menghasilkan produk kecantikan, sebaliknya menjadi platform untuk membantu lebih ramai wanita berasa selesa dengan diri sendiri tanpa perlu terus dibayangi kekurangan pada wajah.

Selepas tiga tahun membina jenama itu, usaha Kak Lin bersama pasukannya akhirnya membuahkan hasil apabila Bartech Beautee berjaya meraih dua pengiktirafan menerusi Superbrands Malaysia’s Choice 2026 dan Nona Gala Awards 2026.

Pengiktirafan tersebut pastinya menjadi satu pencapaian membanggakan, apatah lagi apabila perjalanan mendapatkan pengiktirafan Superbrands bukanlah mudah apabila percubaan pertama dua tahun lalu tidak membuahkan hasil.

“Pada peringkat awal, kami sebenarnya tidak meletakkan sasaran untuk mendapatkan anugerah. Fokus kami adalah membantu wanita yang mempunyai masalah jeragat dan pigmentasi, termasuk mereka yang kurang keyakinan diri.

“Apabila menerima pengiktirafan seperti ini, sudah tentu kami bersyukur kerana ia membantu meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap jenama dan produk yang kami hasilkan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian anugerah berkenaan.

Menurut Kak Lin, kejayaan sesebuah jenama bukan hanya bergantung kepada pengiktirafan yang diterima, tetapi sejauh mana kepercayaan pelanggan dapat dipertahankan dalam jangka masa panjang.

Malah, Bartech Beautee turut mencatatkan perkembangan perniagaan yang memberangsangkan apabila jualannya meningkat sebanyak 200 peratus tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

Lebih membanggakan, jenama itu berjaya mengumpulkan lebih 300,000 testimoni pengguna sehingga November ini, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus memperbaiki mutu produk dan memenuhi keperluan pelanggan.

Tidak mahu sekadar bergantung kepada formula sedia ada, Bartech Beautee turut mengambil langkah lebih jauh dengan menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam usaha memudahkan pengguna memahami keadaan kulit masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Bartech Empire Sdn. Bhd., Shaharuddin bin P. Abdul Karim berkata, pihaknya kini memberi perhatian kepada pembangunan sistem Bartech AI yang membolehkan pengguna melakukan imbasan wajah secara dalam talian.

Menerusi sistem itu, pengguna boleh mengenal pasti keadaan kulit wajah sebelum menerima cadangan produk yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

“Setakat ini, kami sudah mengumpulkan lebih 5,000 data imbasan wajah pengguna menerusi sistem berkenaan.

“Matlamat kami adalah untuk memudahkan orang ramai mengetahui keadaan kulit tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk mendapatkan penilaian awal di klinik estetik. Pada masa sama, pengguna boleh mendapatkan cadangan produk yang lebih sesuai dengan keadaan kulit mereka,” jelasnya.

Menurut Shaharuddin, sistem tersebut turut menunjukkan perkembangan positif apabila jualan menerusinya meningkat sehingga tiga kali ganda pada bulan ini berbanding bulan sebelumnya.

Selain teknologi, Bartech Beautee juga memberi perhatian kepada pembangunan produk baharu dengan tumpuan khusus terhadap masalah jeragat dan pigmentasi.

Antara produk yang mendapat sambutan pengguna ialah krim gel whitening yang menjadi produk terlaris jenama berkenaan. Syarikat itu turut merancang memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit yang lebih lengkap, selain menambah baik formulasi sedia ada bagi memberikan nilai lebih baik kepada pelanggan.

Dalam pada itu, Kak Lin berkata, perjalanan Bartech Beautee selepas ini bukan hanya tertumpu kepada pasaran tempatan apabila pihaknya menyasarkan untuk menembusi pasaran Asia, khususnya Singapura, Indonesia dan Brunei.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, syarikat turut merancang memperkukuh jaringan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tahun depan.

Menurutnya, selama ini Bartech Beautee membangunkan perniagaan menggunakan kemampuan sendiri tanpa bergantung kepada pinjaman atau bantuan daripada mana-mana agensi. Justeru, kerjasama strategik berkenaan dilihat mampu membuka lebih banyak peluang untuk membawa jenama itu ke tahap seterusnya.

Tidak terhenti pada produk penjagaan kulit, Bartech Beautee turut merancang meneroka kategori kosmetik pada masa hadapan, termasuk produk yang mengambil kira keperluan pengguna dengan masalah kulit sensitif dan pigmentasi.

Menariknya, perancangan tersebut turut melibatkan anak perempuan Kak Lin yang mempunyai minat untuk membangunkan rangkaian kosmetik sendiri. Bagaimanapun, usaha itu akan dilaksanakan secara berperingkat selepas anaknya menyelesaikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan meneruskan pengajian.

Sementara itu, menjelang Ramadan dan Aidilfitri, Bartech Beautee turut merancang memperkenalkan kempen bertemakan ‘Kulit Raya’ bagi mengajak pelanggan berkongsi perjalanan penjagaan kulit masing-masing.

Menerusi kempen tersebut, pelanggan akan menghasilkan video yang memaparkan pengalaman serta perubahan kulit mereka, sekali gus meraikan perjalanan mendapatkan kulit yang lebih terjaga menjelang Syawal.

Lebih istimewa, Kak Lin turut merancang menaja sekurang-kurangnya dua pelanggan terpilih untuk menunaikan umrah pada Jun tahun depan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang diberikan kepada Bartech Beautee.

Bagi beliau, kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya tentang berapa banyak produk yang berjaya dijual atau berapa banyak anugerah yang berjaya dibawa pulang, tetapi sejauh mana rezeki dan kejayaan itu dapat dikongsi bersama insan yang turut menyumbang kepada perjalanan tersebut.

Dua pengiktirafan yang diterima mungkin menjadi satu lagi batu loncatan buat Bartech Beautee, namun Kak Lin percaya masih banyak ruang untuk diterokai.

Kerana baginya, kecantikan bukan sekadar apa yang terpancar pada wajah, tetapi keyakinan yang tumbuh dalam diri apabila seseorang wanita mula belajar menerima dan menghargai dirinya sendiri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat