Tidak Perlu Undang-Undang Baharu Tangani Golongan Antivaksin – Takiyuddin

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi menangani golongan penghasut antivaksin.

Ini kerana katanya undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia boleh dikuatkuasakan ke atas golongan berkenaan.

“Semasa darurat berkuat kuasa ketika ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga telah mewujudkan satu ordinan darurat berkaitan anti fake news dan di bawah undang-undang ini kerajaan boleh ambil tindakan,” katanya pada sidang media mengenai pemberian Saguhati Warga Parlimen Kota Bharu yang telah menerima suntikan vaksin, di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan mengenakan kompaun terhadap individu yang gagal hadir pada tarikh janji temu pemberian vaksin COVID-19, Takiyuddin berkata beliau yakin perkara tersebut sedang diteliti oleh pihak berkenaan.

“Berkenaan kompaun terhadap mereka yang gagal hadir janji temu ini, ada jawatankuasa mengenai vaksin, itu saya tidak boleh komen tetapi terpulang kepada mereka (jawatankuasa),” katanya.

VAKSIN-TAKIYUDDIN 2 (AKHIR) KOTA BHARU

Khamis lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata cadangan mengenakan kompaun dan penalti terhadap individu tidak menghadiri janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) serta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF).

Menurut Dr Adham, langkah mengenakan penalti terbabit dan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 itu bagaimanapun dilihat hanya boleh diambil selepas pendekatan sukarela atau usaha pendaftaran menerusi pelbagai saluran termasuk MySejahtera dan secara bersemuka, dilaksanakan sepenuhnya.

Mengulas perkembangan lain berhubung dakwaan penahanan seorang menteri di sekatan jalan raya di Perasing, di Terengganu, Takiyuddin berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai kes berkenaan.

“Kami di pihak parti (PAS) pun belum menerima laporan daripada pihak berkuasa. Kita serahkan kepada pihak polis.
“PAS sebagai parti yang akur kepada undang-undang, tidak kiralah siapa sahaja ahli atau pemimpin PAS dikatakan melakukan kesalahan, kita serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan,” katanya yang juga Setiausaha Agung PAS.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat