Muhyiddin jangan anggap UMNO kabilah kecil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya tidak memandang remeh kekuatan UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mengulas ucapan Muhyiddin pada perhimpunan agung Bersatu yang menyebut parti Melayu dan Islam perlu bersatu dalam sebuah jemaah besar bukan berpecah dalam kabilah-kabilah kecil.

“UMNO ada ahli seramai 3.7 juta orang. Ahli PAS pula lebih satu juta. Ahli Bersatu berapa orang?

“Tidak dinafikan mungkin jumlah ahli UMNO berkurangan kerana kematian, tidak aktif dan melompat parti (termasuk 15 Ahli Parlimen yang masuk Bersatu).

“Tetapi UMNO dan PAS bukan kabilah kecil. Permohonan ahli baru tetap bertambah sedangkan Bersatu menghadapi kesukaran untuk menubuh cawangan,” bidas Puad.

Beliau menegaskan, mungkin Bersatu adalah kabilah kecil kerana sudah berpecah dua antara Bersatu Merah dan Bersatu Hitam.

“Niat Muhyiddin memang bagus iaitu demi mewujudkan kestabilan politik di Malaysia.

“UMNO menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) pun demi kestabilan politik. UMNO juga sanggup menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hampir tumbang,” ujarnya.

Dalam catatan di Faceboknya semalam, Puad mengingatkan Pengerusi Bersatu itu agar tidak boleh manis di bibir.

“Sebab itu Muhyiddin tidak boleh manis di bibir. Gabungan besar tidak ada makna tanpa konsensus parti dan kejujuran politik. Itu yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen.

“Muhyiddin kena terima hakikat, ini adalah kerajaan majoriti lemah. “Prerogatif Perdana Menteri” bukan alasan untuk buat sesuka hati. Darurat dan Belanjawan 2021 adalah contoh terbaik.

“Sedangkan di belakang, Muhyiddin sering berkata, dia bangga kerana berjaya menumpaskan UMNO sebuah parti besar dan lama,” katanya.

Puad menambah, tetapi kebanggaan dan maruah Perdana Menteri hampir tercalar jika Barisan Nasional (BN) menolak belanjawan seperti mana Yang di-Pertuan Agong menolak darurat.

“Semoga gabungan besar bukan retorik politik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat