Baik pulih Seri Perdana dilulus era Muhyiddin bukan Ismail Sabri, Najib anggap tak patut wang sebanyak itu ketika pandemik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Wang sebanyak RM38.5 juta tidak patut dibelanjakan untuk tujuan baik pulih Kompleks Seri Perdana pada zaman pandemik,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Hal ini katanya, tindakan kerajaan itu seolah-olah tidak sensitif kepada rakyat yang sedang merayu untuk lebih banyak bantuan disalurkan akibat PKP bersambung PKP.

Meskipun mengakui mengaku Seri Perdana sudah lama tidak diubah suai secara besar-besaran sejak dibina tetapi pada ingatan bekas Perdana Menteri ke-6 itu keadaan di Seri Perdana masih elok semasa beliau tinggalkannya pada bulan Mei 2018.

“Lebih-lebih lagi sebab ianya dibelanjakan pada ketika PM ke-8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sendiri kata kerajaan dah tak ada banyak wang lagi setelah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dahulu berbelanja RM600 bilion.

“Mungkin yang dimaksudkan dia ialah kerajaan dah tak ada banyak wang lagi bagi bantuan rakyat tapi masih ada wang untuk kerja ubah suai rumah Perdana Menteri.

“Malah kos ubah suai sebanyak RM38.5 juta ini adalah jauh lebih tinggi bandingkan kos pembinaan RM24.17 juta pada tahun 2000,” catat Najib di Facebooknya.

Pun begitu, kata Najib beliau difahamkan bahawa projek pengubahsuaian dan naik taraf Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri diluluskan dan bermula pada bulan Mac 2021 di bawah kerajaan PM ke-8 iaitu Muhyiddin bukan PM ke-9; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Nilai asal keseluruhan projek adalah RM38.5 juta bukan RM30 juta seperti dilapor media dan dijangka siap pada 7 Disember 2021.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat