KPM rekod lebih 8,000 pelajar sekolah rendah, menengah dijangkiti COVID-19 – Radzi Jidin

Menteri Kanan Pendidikan, YB Senator Dr. Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan seramai 8,269 murid dan pelajar sekolah dijangkiti COVID-19 sepanjang sesi persekolahan bermula 20 Januari hingga 7 Mei lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata jumlah itu membabitkan 4,086 murid sekolah rendah dan 4,173 pelajar sekolah menengah.

“Dalam hal ini, KPM sentiasa membuat perancangan teliti bagi memastikan pengoperasian sekolah secara bersemuka berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah kes COVID-19 membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah.