Empat Tahun Dibicara Dengan Saksi Dan Bukti Masih Kata Derma Raja Arab? – Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selama empat tahun Datuk Seri Najib Razak dibicarakan dengan puluhan saksi memberi maklumat akan kesalahan beliau.

Malah dokumen dan bukti lain turut dipamerkan kemudiannya, hakim menulis 800 muka surat berkenaan perkara yang didedahkan oleh saksi, bukti, hasil siasatan.

Namun, bagi Najib semua yang dicatit oleh hakim tidak benar. Hakim ada conflict of interest bahkan hakimnya berat sebelah,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa yang benar ialah penafian oleh Najib, oleh anaknya dan peguam upahannya. Sembilan orang hakim, tiga mahkamah, bicara empat tahun, semua tidak betul, fitnah.

“Apa dia yang betul ialah dakwaan oleh Najib dan peguam upahannya. Ini yang betul. Bukti, saksi, dokumentasi tidak perlu, semua tidak betul.

“Ini ialah satu kejayaan Najib yakni menjadi yang benar tidak benar dan yang tidak benar diterima sebagai benar,” bidas Mahathir dalam artikelnya pada Selasa.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, tindakan itu satu lagi kejayaan Najib menukar budaya dan nilai hidup Melayu dengan menolak bukti yang jelas dan menerima kenyataan yang tidak berasas.

“Selama empat tahun Najib dibicara di mahkamah tinggi (high court), appeal court dan Federal Court, berasaskan dokumentasi dan cek yang didedah berkenaan duit SRC International (anak syarikat 1MDB) yang dimasukkan ke dalam akaun Najib dalam Ambank dan dibelanja olehnya kononnya tidak benar.

“Dia tidak tahu akan adanya duit ini. Dia belanja duit tanpa mengetahui adanya duit ini.

“Jika ada duit ini, ia adalah sumbangan dari Raja Arab. Apa bukti? Tidak perlu. Percaya sahajalah dakwaan Najib. Bukti tidak perlu. Bukti adalah penipuan. Tanya AG (Peguam Negara). Najib tidak salah.

“Yang benar ialah Mahathir memiliki duit berbillion. Duit ini ada di Switzerland dan Taiwan. Apa bukti? Bukti tidak perlu. Najib tahu. Percayalah sahaja,” katanya lagi.

Bukan cuma itu, Najib juga menuduh semua anak Mahathir menjadi ‘billionaire’ sewaktu era pemerintahannya.

“Yang benar ialah semua anak Mahathir menjadi billionaire semasa Mahathir jadi Perdana Menteri. Apa bukti. Tidak ada. Tetapi Najib tahu.

“Ada surat daripada Mahathir kepada Kementerian Kewangan. Mana dia surat ini. Ada pada Najib. Tunjuk. Tunggu. Akan ditunjuk. Percaya sahajalah. Bukti tidak perlu,” ujarnya.

Pada Taklimat Khas Presiden Umno Sabtu lalu, Peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah masih mendakwa wang RM42 juta yang masuk ke dalam akaun bank anak guamnya, Najib , adalah derma daripada kerabat diraja Arab Saudi meskipun mahkamah membuat keputusan dan penilaian sebaliknya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat