Sufian terasa kawan-kawan dah jadi suami orang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Melihat teman seperjuangan seperti Haqiem Rusly, Tajul, Syafiq Farhain dan Ariff Bahran sudah bergelar suami orang, sesekali Sufian Suhaimi mengaku terasa.

Namun, bukanlah bermakna dia terdesak berumah tangga. Bagi jejaka berusia 30 tahun itu, dia percaya dengan perancangan Tuhan.

“Saya percaya Allah Maha Adil. Ada orang mungkin diberi rezeki jodoh awal, tetapi, saya mungkin sebaliknya. Namun, saya bersyukur Dia memberi rezeki dalam bentuk lain.

“Tipulah apabila tengok teman seperjuangan sudah berumah tangga, hati tidak terasa. Tetapi saya tidaklah terburu-buru ingin mencari teman hidup.

 

Sufian mengaku pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis selama tiga tahun, namun, kasih tidak kesampaian. Foto NSTP Fariz Izwadi Ismail

 

“Keluarga ada bertanya tetapi mereka tidak kisah. Keluarga juga tidak kisah dengan siapa saya ingin berkawan hingga pernah ingin menjodohkan saya dengan seorang ustazah,” katanya kepada BH Online.

Membuka cerita, Sufian mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan seseorang selama tiga tahun.

“Tetapi hubungan kami berakhir penghujung tahun lalu. Dia hanyalah orang biasa, Saya tidak sorok hubungan kami, cuma tidak terlalu terbuka.

“Jadi, mungkin disebabkan itu, kisah percintaan kami tidak begitu diketahui ramai,” katanya.

Akui penyanyi Di Matamu ini, kesibukan menguruskan perniagaan bantal zikir dan al-Quran jenama Babypian sejak dua tahun lalu menyebabkan dia sibuk hingga terlupa soal kahwin.

“Usaha mencari (pasangan) masih diteruskan. Cuma mungkin saya masih belum berjumpa calon sesuai. Lagipun, saya sibuk menguruskan perniagaan bantal Babypian.

“Alhamdulillah, tidak sangka sambutan diterima cukup memberangsangkan sekali. Kebanyakan masa saya banyak dihabiskan menguruskan perniagaan ini,” katanya yang melancarkan lagu duet bersama kumpulan InTeam berjudul Damba Kasih dan sebuah lagu raya, Ramadan lalu.

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Aidilfitri, Sufian berkata, dia pulang ke kampung halaman ibu di Mersing, Johor dan di rumah keluarga di Muar.

“Kami pulang lebih awal ke Mersing kerana ingin meraikan Lebaran dengan keluarga besar selepas dua tahun tidak dapat beraya bersama.

“Ini adalah atas inisiatif ibu yang ingin berkumpul dengan adik-beradiknya dan menghabiskan Ramadan bersama sanak-saudara,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat