Gandingan Fafau, AG dan Fad ‘menjadi’ di Hot FM

- Advertisement -

PETALING JAYA: Strategi menggandingkan semula Fara Fauzana atau lebih dikenali sebagai Fafau dan AG sebagai penyampai radio Hot FM terbukti berkesan apabila kajian yang dibuat sejak tahun lalu menunjukkan jumlah pendengar segmen pagi, Rakyat Rangers, meningkat.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood, berkata kehadiran semula Fara mengubat rindu peminat dan menghangatkan lagi gandingan trio Rakyat Rangers bersama AG dan Fad.

“Kami tidak boleh nafikan ramai pendengar sangat merindui Fara. Maklum balas yang kami terima dalam media sosial, ramai mengatakan mereka kembali dengar Hot FM kerana Fara.

“Tambah menarik, apabila digandingkan dengan AG.

“Disebabkan itu, saya berasakan mereka sudah bermain hati dengan pendengar. Seperti bercinta dan sukakan seseorang itu, apabila mahu berpisah, pasti sangat susah. Apabila sudah jatuh hati, memang akan melekat.

“Seperti Fara dan AG, mereka adalah penyampai radio sejati. Nama mereka sudah sinonim dengan radio.

Dari kiri Fad, Fara dan AG mengendalikan segmen pagi, Rakyat Rangers pada majlis rumah terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM di Petaling Jaya, baru-baru ini. Foto Ihsan Hot FM

 

“Malah, disebabkan pengalaman, mereka tahu bagaimana hendak mendekati pendengar. Tidak semua orang ada aura itu. Sebaliknya, Fara dan AG ada,” katanya kepada BH Online.

Azura mengaku profil dimiliki Fara dan AG sangat sinonim dengan Hot FM. Disebabkan itu, perhatian atau ‘spotlight’ lebih terarah kepada dua penyampai berpengalaman itu.

Azura tidak menafikan sambutan untuk gandingan Rakyat Rangers yang diperkenalkan tidak sampai setahun lalu, sangat memberangsangkan.

“AG dan Fara tiada masalah dalam bekerjasama. Mereka berkolaborasi selama beberapa tahun menerusi AM Crew, iaitu antara enam hingga tujuh tahun lalu.

“Sekarang, kami gandingkan Fad dengan profil pelawak yang sangat kuat. Alhamdulillah, kami lihat trio ini semakin diterima.

“Dengan adanya Fad, gabungan mereka menjadi dan secara tidak langsung memberi warna.

“Kalau boleh, kami mahu bawa semula aura AM Crew suatu ketika dulu, di mana radio menjadi teman waktu puncak seperti ketika keluar bekerja.

“Selepas ada peningkatan apabila Fara dan AG masuk, sekarang kami mahu teruskan momentum ini. Ia suatu cabaran tetapi menarik.

“Pada masa sama, kena kerja keras agar pendengar terus suka dan sayang kita,” katanya pada majlis rumah terbuka Rakyat Rangers anjuran Hot FM di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Antara kempen yang dianjurkan Rakyat Rangers sejak awal tahun adalah seperti Rewang Rakyat Ranger dan Lagu Cari Tuan.

Mengenai rumah terbuka yang dianjurkan, Hot FM teruja meraikan pendengar, syarikat rakaman dan penyanyi selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian.

“Kami anjur peraduan dan pendengar datang. Alang-alang, kami jemput syarikat rakaman dan artis untuk sama-sama memeriahkan acara.

“Pada masa sama, Rakyat Rangers bersiaran secara langsung dari jam 7 pagi sehingga 10 pagi sepanjang rumah terbuka,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat