Gaya berani Che Ta dengan tudung ‘uniknya’…

- Advertisement -

Putrajaya: Tampil menggayakan busana ala ‘tudung saji’ berwarna jingga, kemunculan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta, 49, yang menjadi penyampai anugerah di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) malam tadi, cukup menarik perhatian ramai.

Malah, gaya penampilan ‘wow’ Che Ta itu juga mengaitkan dirinya seakan cuba mengikut fesyen penyanyi Aina Abdul yang begitu berani muncul menggayakan busana ‘pelik’ yang pasti dikecam atau dikritik netizen.

Che Ta ditemui berkata dia tampil berani dengan gaya fesyen sebegitu kerana mengikut tema majlis. Katanya, sebagai penyampai anugerah dia cuba menggayakan busana yang sesuai.

“Pakaian saya yang ‘unik’ ini mengikut tema majlis anugerah pihak penganjur. Tak sangka juga, ia jadi perhatian ramai. Lagi pula, saya hadir pun kerana menjadi penyampai anugerah.

“Apapun, kalau ada orang nak mengata atau mengecam mengenai pakaian ini, saya biasanya tidak membaca komen yang ditulis netizen. Biarlah, mereka nak cakap apa pun sebab saya memang tak baca komen itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya dirinya yang masih laris dan relevan dalam industri, Che Ta berkata dia bersyukur masih dikurniakan rezeki dalam lakonan dengan karakter sesuai sebagai wanita berkerjaya dan ibu termasuk, pelbagai program hiburan.

“Saya tidak melihat wujudnya persaingan kepada pelakon pada usia yang sama dengan saya sekarang untuk watak-watak sebagai wanita berkerjaya dan ibu. Bagi saya, karakter begini cukup sesuai dengan kami.

“Jadi, saya amat bersyukur dengan rezeki diperoleh ini dan alhamdulillah jadual kerja pun memang sibuk. Pada sambutan Syawal ini juga, rasanya saya baru berkesempatan menghadiri satu majlis rumah terbuka walaupun baju raya ada banyak lagi yang belum dipakai,” katanya.

Mengulas perkembangan karier seninya, Che Ta berkata dia terbabit dengan beberapa program bual bicara di televisyen. Malah, katanya dia juga dijangka masuk ke set penggambaran sebuah drama pada Jun ini.

Terdahulu, siaran langsung acara AME2021 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini selepas mengalami beberapa kali penangguhan majlis akibat penularan Covid-19.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat