Anwar Kesal Keputusan Mahathir Tarik Balik Semakan Kehakiman Pulau Batu Puteh

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekesalannya di atas keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menarik balik semakan keputusan berhubung Pulau Batu Puteh.

Memetik laporan FMT, dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Leong, Anwar menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu itu dan menganggap tidak wajar buat mana-mana Perdana Menteri untuk mengabaikan soal kedaulatan negara.

“Kami (Jemaah Menteri) telah mengambil pendirian yang sangat kuat, menyatakan kekesalan kami atas kegagalan perdana menteri terdahulu Tun Mahathir ketika itu untuk tidak membuat rayuan, apabila kita kalah dalam kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Tetapi, semua sudah terjadi, ICJ telah memberikan keputusan,” kata Anwar, seperti dilaporkan FMT.

Untuk rekod, pada 2008, ICJ memutuskan Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan kepunyaan negara di perairan wilayah di mana ia berada.

Bagaimanapun, pada Jun 2017, Malaysia memohon kepada ICJ untuk meminta semakan terhadap tafsiran penghakiman itu.

Namun, pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu bawah pimpinan Mahathir telah bertindak menarik balik permohonan untuk membatalkan keputusan ICJ yang menganugerahkan bidang kuasa undang-undang Batu Puteh kepada Singapura.

Mengulas lanjut, jelas Anwar, Malaysia akan terus menghormati keputusan yang telah dibuat oleh ICJ namun tetap penting bagi kerajaan untuk menyatakan pendirian mengenai isu ini kepada kerajaan Singapura.

“Saya faham kita telah kalah dalam kes itu tetapi apa yang saya nyatakan ialah, kita tidak membuat rayuan apabila kita sepatutnya berbuat demikian,” katanya.

Menurut beliau, pendirian itu penting buat negara bagi merunding isu-isu yang berkaitan dengan Batu Puteh seperti alam sekitar dan kedaulatan negara bersama dengan kerajaan Singapura.

“Perlukah kita berunding, bukan dari segi pemilikan kerana hak milik hanya Singapura. Dari segi beberapa isu alam sekitar, beberapa projek di sana telah menjejaskan kedaulatan atau sempadan kita.”

“Jadi perkara ini, boleh dibincangkan. Saya telah memberitahu Perdana Menteri Lee Hsien Leong, beliau bersetuju dengan arahan itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat