Anifah Dilantik Penasihat Khas Kepada Ketua Menteri

- Advertisement -

KOTA KINABALU — Bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Anifah, 69 yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji yakin pelantikan Anifah, yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu Kerajaan Negeri dalam menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat