Apa Lagi Halal Yang Tinggal?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tokoh Wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin menempelak sikap segelintir orang kita yang caka pasal Islam, halal dan haram sampai bergegar bumi.

Tapi hakikatnya katanya banyak hipokrasi daripada ikrar dan janji.

“ Bumi luas dan subur tapi nak hasilkan makanan sendiri pun malas dan berdolak-dalik.
“ Akibatnya, dasar kecukupan makanan dan “food security” hanya omong-omongan. Terpaksa bergantung kepada import daripada negara-negara bukan Islam untuk tampung keperluan.

“Negara-negara kafir hasilkan makanan, negara-negara Islam import. Sampai makanan halal pun bergantung kepada negara-negara kafir,” katanya dalam satu catatan Facebook.

Tanpa berselindung, beliau mengkritik kerajaan, buat undang-undang halal tapi benda haram diimport sebagai halal untuk makanan orang Islam kerana rasuah, salah guna kuasa dan makan gaji buta.

Ujarnya, berdasarkan carta yang diterbitkan Al Jazeera negara yang hasilkan makanan halal adalah Brazil, Australia, India dan sebagainya. Bagaimanapun, yang import adalah Arab Saudi, Malaysia, UAE, Indonesia dan yang lain.

“ Berhentilah lacurkan cogan kata “demi agama, bangsa dan negara”. Sudah jadi kata-kata basi, berongga, tanpa isi.

“ Orang Melayu-Islam bumi Malaya ini, kalau pasal makanan halal mereka cukup teliti. Ada yang tengok daging babi pun tak boleh. Muntah.

“Tapi itu sajalah. Sama ada makanan halal itu dibeli dengan duit halal atau haram tak jadi masalah besar. Duit rasuah, duit curi atau duit judi mereka tidak peduli sangat asalkan makanan yang dibeli dan dimakan itu halal,” bidas A. Kadir.

Menurutnya, duit rasuah, curi dan judi tidak cukup haram bagi mereka.

“Persoalannya, kalau daging haram yang diimport oleh kartel pun mereka sudah makan (atau termakan) maka tidak ada lagilah benda haram yang orang Melayu-Islam tak makan.

“ Lepas ini nampaknya tidak penting lagilah label halal dan patuh syariah pasal semua benda sudah boleh dibuat dan dimakan. Kerajaan pun tak perlulah rahsiakan lagi nama ahli kartel daging import yang didakwa membawa masuk daging haram itu.

“Perhatian bolehlah ditumpukan kepada menampal dan menurap jalan raya yang berlubang supaya Khairy tidaklah lagi terjerumus dan tercampak ke dalam longkang.

“ Inilah adat “The Government of the Ministers, by the Ministers, for the Ministers”. Dalam bahasa Melayu “Kerajaan Menteri, oleh Menteri, untuk Menteri”. Rakyat jelata pandai-pandailah berkira-bicara. Kita jaga kita,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat