Zeti sila nafi terima wang daripada Jho Low, 1MDB – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) yang juga bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tampil untuk menjawab pendedahan dokumen-dokumen yang menuduh bahawa keluarganya pernah terima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal dari 1MDB dalam akaun-akaun bank mereka di Singapura.

“Zeti, ini benar ke tidak? Keluarga kamu dapat banyak duit 1MDB.
“Saya tak sanggup percaya tapi Jika tak benar, sila nafi,” desak Najib dalam catatan di Facebooknya, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu, sejurus selepas PRU14, bekas Gabenor BNM sejak tahun 2000 iaitu Zeti pernah mengeluarkan satu kenyataan yang kata beliau nafi tahu kewujudan dana atau tahu mengenai apa-apa transaksi dalam akaun Najib termasuk dana yang dikatakan RM2.6b itu.

“Masa itu, saya amat hairan kenapa dia boleh cakap begitu sedangkan dia yang nasihat saya untuk buka akaun atas nama saya sendiri (dan bukan atas nama parti) untuk menerima dana asing tersebut.

“Malah mana mungkin seorang Gabenor BNM boleh tidak tahu apabila dana asing berjumlah berbilion-bilion masuk ke dalam akaun bank atas nama Perdana Menteri sedangkan setiap transaksi besar dari luar negara perlu kelulusan BNM.

“Tahun lepas, bekas pengurus besar Ambank, Cheah Tek Kuangjuga beritahu mahkamah dalam perbicaraan kes SRC bahawa dia sendiri telah jumpa dan serah dokumen-dokumen berhubung transaksi akaun atas nama saya kepada Zeti berkali-kali,” kata Najib.

Tambahnya lagi, dan dalam penghakiman kes SRC, hakim juga bersetuju bahawa beliau telah mengarahkan BNM dan Ambank untuk pantau akaunnya.

“ Dan beritahu saya jika ada transaksi-transaksi yang meragukan namun hakim berpendapat bahawa jikapun BNM atau Ambank memberi amaran kepada saya (mereka tidak pernah), saya akan abaikannya sebab hakim kata saya ‘power’ sebagai Perdana Menteri.

“Jadi, saya harap Zeti akan tampil untuk menjawab pendedahan dokumen-dokumen semalam yang menuduh bahawa keluarga dia pernah terima dana melebihi RM100 juta dari Jho Low termasuk dana yang berasal dari 1MDB dalam akaun-akaun bank mereka di Singapura.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat