Empayar Johor bantu Singapura jadi lebih luas – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi secebis sejarah Empayar Johor yang dikatakannya sudah jadi “hinterland” Singapura, yang bergantung kepada Singapura untuk kemajuannya.

Kata bekas Perdana Menteri itu Empayar Johor telah membantu Singapura jadi lebih luas dengan tanah kita.

Dalam catatan di blognya, chedet, beliau memberitahu antara negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Empayar Johor adalah yang terbesar dan terkaya.

Ujarnya, ia termasuk kepulauan di selatan Singapura, iaitu Riau, pulau-pulau Batam, Bentan dan beberapa yang lain.

” Pada zaman British peta Tanah Melayu tidak menunjuk pulau-pulau ini. Kesannya ialah penduduk Malaya tidak sedar adanya banyak pulau di selatan Singapura. Lebih-lebih lagi mereka tidak tahu yang pulau-pulau ini adalah milik negeri Johor.

” Apa yang berlaku ialah di zaman kolonial tidak ada sesiapa yang bantah apabila Belanda menjadikan pulau-pulau ini sebagai sebahagian dari Dutch East Indies atau Hindia Timur Belanda.

” Apabila Belanda diusir oleh tentera Indonesia, pulau-pulau ini pun jadi sebahagian dari Republik Indonesia,” jelas Dr Mahathir.

Menurut beliau lagi, apabila merdeka, Malaya dan kemudian Malaysia tidak pernah tuntut pulau-pulau ini.

” Kita tidak pun sebut dalam sejarah bahawa pulau-pulau ini asalnya sebahagian dari Empayar Johor. Ahli Keluarga Hang Tuah, Hang Nadim meninggal di sana. Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam dinamakan dengan nama beliau.

” Sejarah mencerita berbagai kejadian yang kita lupakan dengan sengaja. Kemegahan Empayar Johor dan besarnya wilayah Johor tidak pun disebut dalam sejarah Johor. Sebaliknya Johor sudah jadi “hinterland” Singapura, yang bergantung kepada Singapura untuk kemajuannya.

” Demikian kita bantu untuk Singapura jadi lebih luas dengan tanah kita,” jelas Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat