Varian Delta, Beta ‘mengganas’ di Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sebanyak 77 kes membabitkan 50 varian Delta dan 27 varian Beta dikesan di Kelantan,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin.

Dalam pada itu, sebanyak 24 varian baharu dikesan di negeri ini iaitu 23 varian Delta dan satu varian Beta dalam tempoh sembilan hari sehingga semalam.

Menurut Dr Zaini Hussin, varian berkenaan dikesan hasil kajian berterusan dilakukan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, sampel berkenaan yang diambil di beberapa daerah di Kelantan sebelum ini dihantar JKNK untuk diuji kaji.

“Jumlah keseluruhan varian baharu di negeri ini sehingga semalam adalah 77 kes iaitu 50 varian Delta dan 27 varian Beta.

“Dengan peningkatan varian baharu ini, kita berharap rakyat di negeri ini sentiasa berwaspada dan menjaga diri. Perantau juga dinasihatkan melakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung untuk bertemu keluarga,” katanya memetik BH, di Kelantan pada Jumaat.

Dr Zaini berkata, kadar jangkitan COVID-19 di Kelantan masih tinggi jika dibanding negeri lain iaitu 49 kes bagi setiap 10,000 populasi.

Beliau berkata, jika semua rakyat bekerjasama dengan patuh prosedur operasi standard (SOP), kes di Kelantan dapat diturunkan.

“Walaupun kita hidup dalam keadaan norma baharu, namun masyarakat perlu ingat kes COVID-19 masih tinggi dan kita terdedah dengan jangkitan jika melanggar SOP,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat