20,000 Graduan Mendapat Manfaat Program PENJANA KPT-CAP Kata Noraini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan hampir 90,000 pekerjaan hilang setakat 22 Oktober tahun ini, peningkatan 278% berbanding 2019. Penularan pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan kepada industri dan ekonomi termasuklah menjejaskan peluang pekerjaan dan kebolehpasaran graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad berkata, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di bawah inisiatif upskilling dan reskilling, telah melancarkan Program PENJANA KPT-Career Advancement Programme (KPT-CAP) awal Oktober lalu.

Menurutnya, terdapat tiga (3) teras utama di bawah inisiatif upskilling dan reskilling iaitu “Job Matching And Placement” iaitu program latihan kompetensi bersasar kepada peserta sebelum memulakan pekerjaan yang ditawarkan oleh industri.

Disamping itu, “Program Berterusan Keusahawanan” memfokuskan program latihan yang mensasarkan penubuhan syarikat pemula dan berupaya mendapatkan bantuan pembiayaan kewangan. Dan bagi inisiatif “Gig Economy” pula menjurus kepada program latihan berkompetensi yang mampu membantu peserta untuk menjana pendapatan melalui aktiviti berbentuk freelancing.

“Seramai 20,000 orang graduan dijangka mendapat manfaat menerusi program PENJANA KPT-CAP melalui penawaran pekerjaan oleh pemain industri dalam sektor seperti perbankan, perkilangan dan Information and Communications Technology (ICT), kata beliau dilaman facebooknya, sebentar tadi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat