‘Tak nak gadai keselamatan kru, pelakon’

- Advertisement -

BIARPUN mengejar ‘deadline’ untuk menyiapkan drama, penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin tidak mahu mengambil risiko mendedahkan tenaga kru dan pelakonnya kepada Covid-19.

Dia yang kini bertungkus lumus menyiapkan drama rantaian berjudul Takdir Yang Tertulis untuk slot Samarinda TV3, sanggup menghentikan seketika penggambaran drama terbitan syarikatnya Radius One Sdn Bhd.

“Diikutkan kami sebenarnya memang terdesak untuk siapkan drama ini. Tapi dalam keadaan sekarang saya tiada pilihan lain.

“Saya tak akan paksa orang bekerja sekarang dalam keadaan risiko yang sangat tinggi kerana kes berada di mana-mana.

“Dah tentu saya pilih keselamatan pasukan saya kerana ada antara mereka dah berkeluarga dan ada anak. Benda ini berisiko untuk mereka dan saya juga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, penggambaran Takdir Yang Tertulis dibuat di kawasan yang dikesan mempunyai pesakit Covid-19 yang bilangannya meningkat setiap hari dan ia amat membimbangkan.

“Jadi, ‘deadline’ adalah ‘deadline’ tapi keselamatan adalah perkara paling utama sekali untuk kami.

“Lagipun lokasi untuk ‘shooting’ pun tak boleh sebenarnya kerana banyak babitkan kolej, hospital, tadika, sekolah dan tempat umum yang memang tak dibolehkan buat masa ini.

“Manakala pemilik rumah pula sudah kenakan syarat yang ketat seperti ‘shooting’ tak lebih dari jam 6 petang. Dia pula ada anak kecil. Sedikir sebanyak menyukarkan kami,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Shahrulezad juga menghentikan kerja selama seminggu baru-baru ini apabila rakan serumah kakitangan pelatih produksinya suspek Covid-19.

“Pelatih ini juga terpaksa dikuarantin sedangkan dia sudah jumpa kami. Perkara ini juga menakutkan kami walaupun dia hanya disyaki dan bukannya positif Covid-19,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat