Zahid Beri Gambaran UMNO Akan Nilai Semula Perkongsian Kuasa Dengan PN

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi memberikan bayangan, akan pendirian parti itu untuk menilai semula perkongsian kuasa di dalam Perikatan Nasional (PN).

Zahid melalui laman Facebook sebentar tadi berkata keikhlasan dan kejujuran adalah prinsip paling utama dalam perkongsian kuasa.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

“Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula. UMNObangkit,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu Zahid berkata UMNO akan membuat satu keputusan politik selepas Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah dalam kes SRC International Sdn Bhd.

“UMNO akan buat keputusan politik berkaitan keputusan mahkamah kes DS @NajibRazak hari ini. Harap semua pihak berlapang dada.

“Yakin DS Najib masih ada ruang mendapatkan keadilan mengikut proses perundangan negara,” tulisnya sebentar tadi.

Terdahulu ahli parlimen Bagan Datuk itu turut menegaskan UMNO bakal membincangkan mengenai hala tuju parti itu di dalam kerajaan Perikatan (PN).

“Maka tentunya ada sesuatu yang akan dilakukan oleh UMNO. Tunggulah keputusan-keputusan yang akan kami perbincangkan.

“Maka tentunya apa yang akan kami lakukan adalah tindakan bersifat usaha bagi menentukan hala tuju kerajaan yang ada sekarang,” katanya kepada pemberita di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa.

Terdahulu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata walau dalam apa keadaan sekalipun, parti itu akan menzahirkan komitmen bersama UMNO dalam Muafakat Nasional di samping terus memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.

Semalam Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah atas 7 pertuduhan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat