Hanya Muhyiddin Yang Masuk UMNO, Kata Bekas MB Johor

- Advertisement -

Johor Bahru – Pemimpin UMNO perlu bertanyakan secara terus kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan membawa kembali Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu ke pangkuan parti berkenaan.

Menurut bekas menteri besar Johor, Datuk Osman Sapian, terpulang kepada persetujuan Muhyiddin berhubung perlawaan tersebut.

“Kalau ahli-ahli Bersatu tidak mahu masuk UMNO, maka dia seorang sahaja yang masuk.

“Sebenarnya perkara ini terpulang kepada Muhyiddin sendiri sama ada ingin berbuat demikian atau sebaliknya,” katanya ditemui selepas majlis serahan sumbangan Aidiladha dan lembu korban di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam temu bual dengan sebuah portal yang dipetik sebagai berkata, parti boleh mengubah keputusan pemecatan Muhyiddin pada 2016 dan menerimanya semula ke dalam parti itu.

Cadangan supaya Muh­yiddin kembali ke pangkuan UMNO pada mulanya dibangkitkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan kemudiannya disokong Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Osman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas turut meminta agar jangan membuat sebarang perbandingan antara Bersatu dan Semangat 46.

“Tertubuhnya Bersatu sebagai pelapis atau pengganti UMNO serta memperbetulkan apa yang sudah rosak.

“Berbanding Semangat 46 ditubuhkan ekoran perebutan jawatan antara Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika pemilihan UMNO.

“Bersatu ini sudah kuat, daripada tidak dikenali sehingga dikenali dan (kini) lagi hebat. Oleh itu jangan bandingkan kami dengan parti Semangat 46,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat