Polis Diarah Siasat Buku Didakwa Hina Jata Negara – Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan bahawa polis telah diarahkan membuat siasatan berhubug sebuah rekaan grafik pada kulit sebuah buku yang didakwa menghina jata negara.

Menurut Hamzah juga, polis turut diarahkan untuk mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

Katanya, Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang dan Nama (1963) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi sesiapa meniru lambang yang serupa lambang kerajaan persekutuan, iaitu jata negara.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan tidak patriotik dan bertanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, timbalan pengarah bahagian Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berhubung penerbitan buku itu dan sedang menjalankan siasatan.

Memetik laporan Harian Metro hari ini beliau berkata, mana-mana pihak yang dipercayai terlibat dalam penghasilan buku itu termasuk pengarang, editor dan penerbit akan dipanggil bagi membantu siasatan pihak berkuasa.

Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Terdahulu, Pemuda Umno, Pemuda PAS, Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi membuat satu laporan polis berhubung lakaran pada kulit sebuah buku yang dilaporkan menghina Jata Negara.

Laporan polis tersebut dibuat keatas penerbit buku berjudul Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat