Hina Jata Negara: Pemuda UMNO, PAS, MIC, MCA Buat Laporan Polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno, Pemuda PAS, Pemuda MCA dan Pemuda MIC hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi hari ini bagi membuat satu laporan polis berhubung lakaran pada kulit sebuah buku yang dilaporkan menghina Jata Negara.

Laporan polis tersebut dibuat keatas penerbit buku berjudul Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi yang mengetuai laporan tersebut ketika bertemu dengan pemberita memaklumkan bahawa pihaknya meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk mengambil tindakan tegas terhadap pereka grafik kulit buku berkenaan.

“Kita minta kerajaan hari ini, kerajaan baru Perikatan Nasional (PN) mengambil tindakan tegas: Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, pihak polis dan agensi berkaitan, sila ambik tindakan tegas terhadap pereka yang menghina lambang negara.

“Ini bukan soal agama dan bangsa, tapi soal tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Turut hadir, exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali sebagai Papagomo; exco Pemuda PAS, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai; exco Pemuda MCA, Lim Soon Pin; dan setiausaha Pemuda MIC, G Theeageesh.

Dalam laporan polis berkenaan, Nizha menyifatkan kulit buku yang mirip Jata Negara itu memberi gambaran bahawa pihak penerbit merendah-rendahkan taraf Jata Negara dan memberikan gambaran buruk tentang negara kepada pembaca buku berkenaan.

Beliau juga memaklumkan, mengesyaki rekaan kulit buku itu sengaja dibuat begitu untuk merendahkan taraf lambang rasmi negara selain bermotifkan politik untuk menghasut kebencian kepada negara.

Sejak beberapa hari lepas, gambar kulit buku Rebirth: Reformasi, Resistance, and Hope in New Malaysia mendapat perhatian di media sosial apabila ada warganet mendakwa susun letak kulit buku itu menghina Jata Negara.

Sementara itu, Faizzuddin menyifatkan kejadian itu sebagai “percubaan awal untuk memberikan ancaman kepada negara”.

“Jata Negara adalah kedaulatan negara kita. Kita percaya ini hanyalah permulaan dan akan datang lagi serangan yang lebih dahsyat kepada negara kita.

“Apa mesej kami? Mesej kami ialah enough is enough! Sehingga setakat ini saja mereka boleh melampaui batas,” tegasnya.

Dia turut memberi amaran agar tiada pihak yang ‘melanggar lampu merah’, dan mengancam akan menganjurkan perhimpunan yang lebih besar daripada Himpunan Icerd sekiranya perkara itu berlanjutan.

Theeageesh pula menggesa ahli MIC seluruh negara untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat