Anwar Tak Patut Buat Tuduhan Terbuka, Calar Kredibiliti PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak membuat ‘tuduhan terbuka’ sebagai senjata menyerang musuh politik tanpa asas dan bukti yang kukuh kerana ia akan mencalarkan kredibiliti beliau sebagai Perdana Menteri.

Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan nasihat ini bukan bermaksud beliau tidak mahu berlaku adil kepada Anwar sebaliknya lebih kepada wibawa Anwar.

“Kita sebut ini bukan tidak mahu berlaku adil kepada Perdana Menteri, saya rasa Anwar ada banyak kualiti terutamanya pengucapan awam, kalau kelebihan ini bila diguna dalam keadaan seperti ini sebagai satu senjata yang menimbulkan syak wasangka kepada orang lain, kepada musuh politik adalah agak tidak adil bagi saya, jadi ini satu tuduhan yang serius.

“… parti ‘X’ ambil duit judi, agak spesifik maka saya rasa tak boleh buat (tuduhan).

“Mungkin dalam hal ini orang ramai nak lihat (Tan Sri) Muhyiddin ada keberanian atau tidak untuk terus dengan saman fitnah terhadap Anwar,” katanya sambil menambah bahawa apabila tuduhan terbuka seperti ini dibuat ia bersifat tidak adil dan tidak patut berlaku.

Khairy berkata demikian mengulas kenyataan Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan mengatakan Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU15.

Katanya, siasatan SPRM mendapati dakwaan itu terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu itu, sekali gus tiada fail siasatan dibuka.

Bagaimanapun, Azalina kemudiannya tampil memberi penjelasan lanjut dan mengatakan jawapan bertulis itu tidak menyatakan siasatan SPRM berhubung dakwaan itu sudah dihenti atau digugurkan.

Pun begitu, Anwar mempertahankan kenyataannya berhubung dakwaan PN memperoleh dana judi untuk berkempen semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sekiranya tidak mempunyai asas berhubung dakwaan yang dirinya keluarkan sebelum ini.

Kata beliau, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu meneliti secara lengkap kenyataannya terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Sementara itu, Khairy berpendapat dakwaan yang disebut Anwar itu sebagai ‘berat’.

“Memang tuduhan yang berat setakat ini tidak ada bukti, jika saya berada di tempat PN pun saya marah sebab terus menjadi kiasan, sindiran, dakwaan sebelum PRN.

“Walaupun menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), isu ini timbul balik beberapa minggu sebelum DUN di beberapa negeri akan dibubar, bagi saya… saya tak suka politik sebegini, kalau ada tuduhan, buat siasatan bagitahu apakah hasil siasatan tersebut,” ujarnya dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Isnin.

Senada dengan Khairy, Shahril Hamdan juga menyatakan ini bukan kali pertama Anwar membuat dakwaan dan membiarkan perkara itu tergantung seterusnya menjadi bual bicara orang ramai.

“Dalam hal Tun Dr Mahathir Mohamad pun sama juga tidak ada bukti yang timbul tapi setiap kali perkara itu timbul, jawapan ialah kalau saya dah tuduh tu maknanya ada lah, just trust me because i’m Anwar, tak patut begitu.

“Sekali sekala sebagai Perdana Menteri yang disanjungi,disukai ramai mungkin ‘witty responses’ tapi kalau berkali-kali, kredibiliti beliau sendiri lama kelamaan akan dipersoalkan dan akan ‘backfire’ kepada beliau dan PH,” kata Shahril.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat