QSR Brands Tawar Combo Meal Rahmah KFC dan Pizza Hut

- Advertisement -

CYBERJAYA – Rangkaian restoran makanan segera di bawah syarikat QSR Brands, KFC dan Pizza Hut hari ini turut serta menjadi penyedia makanan yang menawarkan Menu Rahmah.

Menu Rahmah ini ditawarkan dengan pilihan dua jenis hidangan iaitu Menu Rahmah KFC Meal (Seketul Ayam, Roti Butterscotch berserta Air Mineral) dan Menu Rahmah Pizza Hut Meal (Personal Piza berserta Air Mineral) dengan harga RM 5.00 bagi satu set menu.

Hidangan tersebut boleh dibeli di 1,227 rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut seluruh negara kecuali Lapangan Terbang, Genting Highlands dan Legoland (bagi Menu RAHMAH KFC Meal) manakala Pizza Hut (PHX) RSA Pagoh dan Genting Highlands (bagi Menu RAHMAH Pizza Hut Meal).

Pelancaran menu tersebut dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub di Restoran KFC dan Pizza Hut, Jalan Wangsa Delima, Kuala Lumpur, hari ini.

KPDN dalam kenyataannya berkata, Menu Rahmah adalah Inisiatif terbaru Kerajaan dalam membantu dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan makanan bermasak yang seimbang pada harga RM5.00 dan ke bawah.

“Menu Rahmah adalah Private Driven Initiative atau inisiatif yang dipelopori oleh pengusaha makanan atau syarikat swasta secara sukarela.

“Inisiatif ini akan membantu rakyat Malaysia MADANI yang terkesan dengan kos sara hidup terutama melibatkan kenaikkan harga makanan siap di masak.

“KPDN juga telah mewujudkan satu portal bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat lokasi premis menjual Menu Rahmah yang berdekatan dan peniaga juga boleh mendaftar penyertaan mereka dengan melayari https://menurahmah.kpdn.gov.my,” katanya.

Dalam pada itu, KPDN turut menyeru lebih ramai lagi pemain industri khususnya industri restoran dan makanan supaya dapat bersama-sama berganding bahu dengan Kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada [email protected].

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat