RM70 Bilion Harta Pusaka ‘Tergantung’

Hadi Awang adalah syaitan yang sebenar kata Siti Kasim

Kuala Lumpur - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa. Peguam, Siti...

Bapa M Nasir meninggal dunia

Kuala Lumpur: Bapa kepada seniman Datuk M Nasir iaitu Mohamed Sam, 96, menghembuskan nafas terakhir di Singapura sekitar jam 7.30 pagi, hari ini, disebabkan...

Usah asyik mengeluh

Dr Rahimah Saimin Firman Allah SWT mahfumnya: "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah ar-Rahman, ayat 13). Ayat ini jelas menuntut semua hamba-Nya...

Shuk Sahar mengaku silap, lepas rindu jumpa anak-anak

Kuala Lumpur: Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar semalam, bertemu dengan dua anak perempuannya iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi,...

Honor perkenal strategi jenama baharu

Kuala Lumpur: Pengeluar telefon pintar terkemuka, Honor, melancarkan peranti baharu kelas perdana mereka iaitu Honor View40 untuk pasaran China sekali gus memperkenalkan strategi baharu...

‘PEMILIK dalam pusara’. Itu situasi mengejutkan apabila dianggarkan lebih satu juta pemilik geran tanah sudah meninggal dunia, namun pemilikan harta berkenaan belum diselesaikan waris.

Jumlah itu dilihat semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih RM70 bilion yang jumlah berkenaan mampu membangunkan ekonomi umat Islam jika diuruskan dengan betul oleh waris.

Harta tidak alih seperti rumah, bangunan dan tanah menjadi aset paling banyak tidak diuruskan sehingga statusnya masih tergantung walaupun pemiliknya sudah meninggal dunia sejak puluhan tahun lalu.

Perunding Harta Pusaka, Azhar Abdul Samat berkata, berdasarkan data diperoleh, jumlah harta pusaka yang masih ‘tergantung’ semakin bertambah disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan waris atau pentadbir harta.

Menurutnya, dianggarkan 95 peratus umat Islam masih tidak sedar kepentingan menguruskan harta dengan betul sama ada sebelum atau selepas meninggal dunia.

“Pemilik meninggal dunia untuk tempoh lama, tetapi waris terdiri daripada anak, adik-beradik atau saudara yang diberi tanggungjawab gagal melaksanakan amanah dengan baik.

“Ini kerana kesedaran untuk menguruskan harta pusaka masih rendah dan persepsi mengenai pengurusan harta pusaka tidak perlu diuruskan segera masih menebal dalam kalangan masyarakat.

“Sebenarnya penyediaan dokumen bertulis seperti wasiat sangat penting supaya pembahagian harta itu kelak lebih jelas dan dibahagi mengikut faraid,” katanya yang juga pengasas firma pengurusan harta pusaka Hans Legasi Resources.

Azhar berkata, punca kegagalan dalam pengurusan harta pusaka disebabkan ketiadaan persefahaman dalam kalangan ahli keluarga ketika pembahagian dijalankan selain faktor undang-undang yang rumit menyebabkan ada waris yang sudah buntu.

Katanya, nilai harta pusaka yang tidak dituntut yang banyak sebenarnya dapat digunakan untuk membangunkan ekonomi Islam terutama tanah dan aset bangunan.

“Jika tiada penama waris yang sah dalam geran, sesuatu aset itu tidak dapat dibangunkan dan akhirnya akan terbiar begitu sahaja sehingga puluhan tahun lamanya.

“Jadi kesedaran mengenai pengurusan harta itu sangat penting, malah kini lebih mudah kerana banyak syarikat menawarkan perkhidmatan menguruskan harta dengan bayaran yang berpatutan. Lebih penting ia memudahkan waris tanpa ada pertikaian,” katanya.

Beliau berkata, tiba masanya kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka perlu ditingkatkan dalam kalangan umat Islam supaya aset yang dimiliki itu dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi manfaat kepada waris yang berhak.

Katanya, kerajaan juga disarankan mempermudahkan urusan undang-undang kerana ia pasti akan melancarkan proses pertukaran hak milik harta pusaka khususnya yang membabitkan cukai.

“Kementerian berkaitan juga boleh menganjurkan program kesedaran pengurusan harta pusaka lebih agresif supaya pengetahuan masyarakat semakin meningkat,” katanya – Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Berita Berkaitan

Hadi Awang adalah syaitan yang sebenar kata Siti Kasim

Kuala Lumpur - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai sedang berkhayal dan disarankan untuk segera berjumpa dengan pakat sakit jiwa. Peguam, Siti...

Polis Beragama Hindu terbabit bantu pergerakan berhala Thaipusam

KUALA LUMPUR: Anggota polis berbangsa India telah membantu untuk mempercepatkan pergerakan berhala selepas diminta penganjur pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam. Penganjur pergerakan dan Ahli Jawatankuasa...

UiTM Lanjut Pengecualian Sewaan Ruang Niaga

CYBERJAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui inisiatif UiTM Prihatin memberi lanjutan pengecualiaan sewaan selama enam (6) bulan lagi kepada para peniaga yang menyewa premis-premisnya...