Najib Makan ‘Super Ring’ Baca Berita Pemecatan Mahathir

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Saban hari pasti ada sahaja telatah lucu yang ditampilkan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak saat mengulas isu-isu politik tanahair.

Terbaharu, Ahli Parlimen Pekan itu memuatnaik gambar sedang menikmati makanan ringan ‘super ring’ saat membaca laporan media berhubung pemecatan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Dengar kata ada orang dipecat? soal Najib secara sinis di laman Facebooknya malam tadi.

Semalam, Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten Muhammad Suhaimi Yahya memaklumkan keahlian Mahathir digugurkan dari Bersatu berkuatkuasa serta-merta.

Selain Mahathir, turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Muhammad Suhaimi berkata, keputusan itu dibuat kerana kelima-lima ahli parlimen itu enggan duduk di blok kerajaan ketika sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

“Dalam sidang Parlimen pada 18 Mei 2020, YB telah duduk di blok yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin merangkap Presiden/Pemangku Pengerusi Bersatu. Sebaliknya, YB duduk di blok pembangkang,” katanya.

Katanya keahlian Dr Mahathir bersama empat ahli parlimen itu terhenti serta merta menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.

Sementara itu tinjauan SuaraTV diruangan komen mendapati majoriti pelayar Facebook menyifatkan kemaskini Najib itu sebagai lawak dan sangat menghiburkan.

Sehingga berita ini ditulis paparan gambar Najib bersama super ring itu menerima hampir 157 ribu tanda suka dan dikomen sebanyak 16.7 ribu pengguna Facebook.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat