Kerjasama Bipartisan Platform Baiki Indeks Persepsi Rasuah – Srikandi Muda Bersatu

- Advertisement -

CYBERJAYA – Srikandi Muda, sayap wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpandangan golongan muda semua parti wajar menyambut baik kesediaan kerajaan meneruskan dasar-dasar baik pembanterasan rasuah yang disifatkan sebagai usaha bipartisan dalam menangani isu tersebut.

Memetik laporan Awani, Pengerusi Srikandi Muda, Datin Ema Syuhaili Mohamad Sukor berkata, ia tidak harus dipolitikkan malah boleh dijadikan platform untuk menggerakkan usaha bipartisan sekali gus menggambarkan norma baru politik Malaysia.

Menurutnya, semua orang perlu sedar lanskap politik negara ini telah berubah dalam keadaan dimana sokongan politik di dalam Dewan Rakyat kini hampir seimbang.

“Ketidakstabilan politik di Malaysia kebelakangan ini telah memberikan persepsi kurangnya fokus diberikan kepada pelbagai perkara utama yang perlu ditangani sesebuah kerajaan termasuk usaha membenteras rasuah.

“Pada awal tahun 2019, pihak kerajaan pada waktu itu telah memperkenalkan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 bagi meningkatkan usaha memerangi rasuah secara menyeluruh.

“Selepas kerajaan bertukar dan sejurus selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan komitmen kerajaan untuk tidak mengetepikan usaha membanteras rasuah.

“Ini termasuk pewujudan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dan Jawatankuasa Anti-Rasuah (JAR) Kebangsaan yang terus diadakan secara berkala walaupun dalam tempoh wabak Covid-19 secara atas talian. Pihak kerajaan juga memberikan komitmen dalam usaha meningkatkan tadbir urus dan integriti melalui pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP),” katanya, dipetik dari laporan tersebut.

Khamis lalu, media melaporkan kedudukan Malaysia jatuh enam anak tangga kepada kedudukan ke-57 daripada keseluruhan 180 negara, dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 dikeluarkan Transparency International (TI).

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, Malaysia melonjak ke tangga 51 tahun lalu berbanding kedudukan ke-61 dalam CPI sebelum itu.

Kali ini, Malaysia mencatat skor 51 daripada 100 berbanding skor 53 pada 2019, berdasarkan tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara dengan mengikut skala 0 (paling korup) hingga 100 (paling bersih).

Dalam pada itu, Ema Syuhaili berkata, sokongan bipartisan amatlah diperlukan dalam meneruskan usaha membanteras rasuah termasuk cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Dana Politik.

“Walaupun ianya idea yang diketengahkan oleh kerajaan terdahulu, cadangan yang baik ini haruslah disokong oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang.

“Dunia selepas COVID-19 telah berubah selama-lamanya. Norma baharu menjadi kebiasaan. Telah sampai masanya untuk kerjasama bipartisan untuk menjadi norma baru politik Malaysia demi kepentingan rakyat.

“Adalah diharapkan usaha bipartisan terutamanya golongan muda parti politik akan dapat membantu usaha dalam melaksanakan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 secara berkesan.

“Ianya mampu membantu meningkatkan kembali ranking CPI Malaysia di peringkat antarabangsa dan seterusnya meyakinkan pelbagai pihak termasuk pelabur luar untuk terus memulihkan dan mengembangkan ekonomi Malaysia pasca pandemik COVID-19,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat