YWP Ambil Maklum Keputusan Mahkamah, Kaji Penghakiman Bertulis

- Advertisement -

CYBERJAYA – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan kebenaran rancangan pembangunan bercampur yang mengandungi pangsapuri mampu milik di sebahagian Taman Rimba Kiara.

YWP turut memaklumkan mereka akan meneliti dan mengkaji penghakiman bertulis tersebut bagi menentukan tindakan susulan berkaitan pembangunan di atas Lot No HSD 119599 PT9244 itu yang diluluskan oleh DBKL sejak 13 Julai 2017.

“Pihak YWP, selaku tuan tanah mengambil maklum dan menghormati keputusan tersebut.

“YWP juga sedang mengkaji Penghakiman Bertulis (Written Judgement) Mahkamah Rayuan tersebut bagi mengambil tindakan susulan yang sewajarnya,” kata kenyataan media YWP hari ini.

Rabu lalu, Mahkamah Rayuan sebulat suara membuat keputusan pembatalan tersebut menerusi persidangan dalam talian oleh tiga panel hakim.

Persatuan Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) serta Kumpulan Kerja Selamatkan Taman Rimba Kiara (Save Taman Rimba Kiara Working Group) dalam reaksinya menyifatkan keputusan penghakiman itu sebagai “kemenangan besar”.

“Keputusan itu satu kemenangan besar untuk komuniti dan kejiranan kami yang gigih dan tidak putus-putus berjuang untuk memelihara Taman Rimba Kiara.,” kata wakil persatuan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat