Johari akan bantu FGV selesaikan permit pekerja asing dengan KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh FGV Holdings Berhad terutamanya melibatkan status permit pekerja-pekerja mereka dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pagi tadi telah berjumpa dengan pengurusan tertinggi FGV Holdings Berhad dan mendapat taklimat mengenai isu-isu berbangkit yang sedang dihadapi oleh pihak syarikat khususnya pekerja asing di ladang-ladang milik FGV.

“Sebagai sebuah Kementerian yang berperanan sebagai pemudah cara (Kementerian Perladangan dan Komoditi – KPK), saya akan cuba membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh FGV terutamanya melibatkan status permit pekerja-pekerja mereka dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN),” kata Johari.

Turut hadir Pengerusi FGV, Tan Sri Rastam Mohd Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor.

Sebelum ini, Nazrul berkata, Kumpulan menjangka kemasukan sebanyak 5,000 pekerja asing pada suku kedua tahun ini bagi menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja di dalam syarikat.

“Kami lebih berhati-hati kali ini kerana kami mahu memastikan semua pekerja asing yang masuk tidak perlu membayar yuran pengambilan dan mahu melakukan proses temuduga yang berpatutan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seiring dengan dasar tiada yuran pengambilan FGV untuk penempatan pekerjaan, Kumpulan itu akan membayar balik kepada pekerja asing yang bekerja dan bekas pekerja selepas 27 Jun 2019 dan terpaksa membayar yuran pengambilan kepada ejen atau pihak ketiga yang lain di negara asal mereka.

“Bayaran kepada 23,333 pekerja asing kami sekarang berjumlah RM81.64 juta akan dibuat dalam tiga peringkat antara Mac dan September 2023.

“Selain itu, FGV telah mewujudkan dana terikat (sinking fund) berjumlah RM30 juta untuk membayar balik bekas pekerja yang membayar yuran pengambilan semasa bekerja dengan FGV tetapi tidak lagi bekerja dengan syarikat itu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat