Chegubard akan ke pejabat Nik Nazmi ambil Surat Tuntutan esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menegaskan beliau belum menerima Surat Tuntutan (Letter of Demand) daripada Nik Nazmi Nik Ahmad.

Justeru Chegubard akan ke pejabat Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu esok, Jumaat 29 Disember untuk mengambil surat tindakan undang-undang berkenaan.

“Setakat ini saya tak menerima apa apa surat daripada Nik Nazmi atau peguamnya.

“Ini proses salah guna mahkamah bagi membungkam kritikan dan pendedahan korupsi. Insya-Allah esok saya akan ke Pejabat Menteri Tenaga dan Sumber Asli Malaysia untuk saman yang kamu (Nik Nazmi) angkuhkan itu,” tegas Chegubard.

Mengulas lanjut Chegubard menyatakan, pada
20 Disember 2023 dia telah tampil membuat laporan polis mengenai kewujudan dokumen perjanjian “fi perunding” bagi projek projek rancangan tebatan banjir.

“Di mana syarikat kontraktor yang berminat untuk mendapat projek dibawah Rancangan Tebatan Banjir perlu membuat perjanjian perlu membayar 3peratus hingga 8 peratus epada “proksi” sebaik sahaja syarikat itu mendapat Surat Setuju Terima (SST).

“Jika tidak terlibat tidak perlu takut dan kerah Kementerian siasat serta kerjasama sepenuhnya dengan PDRM.

“Siapa proksi yang terlibat dan proksi kepada siapa ? Salah satu dokumen perjanjian yang saya dedah kepada media, perjanjian yang nilai “fi perunding” nya nilai RM40 juta dan penerimanya ialah pemandu Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Apa nasihat perundingan yang nak diberikan ? Dia sebenarnya proksi kepada siapa ? Soal beliau dalam kenyataan pada Khamis sebagai respons kepada Menteri itu.

Dalam pada itu, Chegubar juga mengingatkan Nik Nazmi agar tidak sombong.

“Kepada Nik Nazmi jangan berlagak dan sombong sangat. Sementara kamu ada kuasa kamu nak gunakanlah, tunggang dan salah guna semua termasuk mahkamah.

“Saya sedia jumpa kamu di mahkamah,” tegas beliau.

Awal hari ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta agar Chegubard menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah .

Menurut Nik Nazmi, beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan beliau, kementerian dan Kerajaan Persekutuan.

Nik Nazmi menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu itu yang mendakwa projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB)
dikendalikan kementeriannya mencecah RM16.6 bilion dan terdapat syarikat serta individu yang langsung tidak dikenali memperoleh komisen sebagai proksi kepada menteri, sebagai tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.

“Sebagai respons kepada kenyataan fitnah yang dibuat oleh Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) terhadap saya, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah mengambil tindakan lanjut.

“Semalam, peguam saya telah menyerahkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada Chegubard, meminta agar beliau menarik balik dengan serta-merta serta memohon maaf secara terbuka atas kenyataan berunsur fitnah itu.

“Beratnya tuduhan palsu ini memerlukan tindakan undang-undang yang tegas untuk menjaga nama baik dan kewibawaan saya, Kementerian dan Kerajaan Persekutuan,” tegas Nik Nazmi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat