Zahid Serah Kepada Perwakilan Tentukan Pertandingan Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan sama ada mahu mempertandingkan jawatan Presiden dan juga Timbalan Presiden pada pemilihan parti pada 2023.

Timbalan Perdana Menteri itu juga malah menyatakan beliau sebagai seorang demokrat yang terbuka dengan sebarang keputusan yang bakal dibuat perwakilan Umno.

“Jadi saya sebagai seorang demokrat saya serahkan kepada perwakilan untuk menentukan.

“Ya, saya mengakui bahawa pada 2018 walaupun keputusan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 meminta Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi, tetapi selepas saya menjalankan tugas sebagai Presiden Umno ketika itu, saya belum Presiden lagi cuma Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden Umno pada 2018.

“Saya telah memutuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) bahawa semua jawatan boleh dipertandingkan tapi harus diingat ada beberapa kali jawatan Presiden, Timbalan presiden tidak ditandingi misalnya di zaman pemimpin 22 tahun ada beberapa kali, zaman Tun Abdullah Badawi ada bahkan zaman Datuk Seri Najib Razak ada cadangan tapi tak jadi tapi beberapa kali mengalami keadaan itu,” jelas Zahid dalam wawancara malam tadi.

Sementara itu, kata beliau lagi pada 2023 akan diadakan dua kali PAU iaitu pada Januari bagi 2022 manakala sekali lagi PAU untuk 2023.

“Pemilihan parti tidak dibuat ketika PAU berlangsung sebaliknya ia dilakukan secara serentak di persidangan perwakilan Umno bahagian-bahagian yang melibatkan seluruh 191 bahagian.

“Akan ada persidangan serentak pada hari yang sama seluruh negara, pemilihan kepimpinan bahagian dan kepimpinan pusat ketika itu.

Ertinya tak perlu tunggu cukup tempoh 6 bulan untuk pemilihan parti ia mungkin diadakan awal kerana Mac sudah Ramadan, kemudian Syawal, dan masuk bulan Haji… Jadi jangan fikir banyak.

“Saya serahkan kepada perwakilan untuk menentukan apakah bentuk sistem demokrasi yang mahu diterjemahkan tetapi sebelum itu kita mesti bawa ke biro politik, MT dan selepas itu usul MT itu perlu dibawa ke PAU biar perwakilan yang menentukan dalam PAU itu,” kata Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat