MB Perlis tidak direman, dibenar pulang selepas 3 jam beri keterangan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.

Difahamkan, beliau memberi keterangan berkenaan dari pukul 10 pagi dan selesai kira-kira pukul 1 petang ini dan dibenarkan pulang tanpa perlu direman.

Menurut sumber, beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes itu, lapor Utusan di Kangar.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan negeri, Muhammad Azmir Azizan memaklumkan, Mohd. Shukri hanya hadir bagi memberi keterangan kepada SPRM untuk membantu proses siasatan.

Minggu lalu, media melaporkan mengenai penahanan reman anak kepada Menteri Besar Perlis bersama seorang pegawai kanan kerajaan negeri dan empat individu lain bagi membantu siasatan berhubung kes berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tiga hari ditahan reman.

Semalam media juga melaporkan, SPRM akan menyiasat seorang pemimpin politik kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengan anaknya membabitkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Satu sumber memberitahu, pemimpin tersebut disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja seperti membaik pulih dan melakukan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar.

Kata sumber itu, projek-projek tersebut juga dipercayai dimonopoli oleh anak pemimpin tersebut dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan kehadiran Mohd Shukri ke ibu pejabat agensi itu bagi memberi keterangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat