Malaysia di kedudukan 107 Indeks Kebebasan Media Dunia 2024

- Advertisement -

SHAH ALAM – Malaysia jatuh 34 tangga dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 sekali gus menempatkan negara pada kedudukan ke-107 berbanding 73 tahun lalu.

Laporan yang disiarkan Reporters Without Borders (RSF) itu menunjukkan Malaysia mencatat 52.07 mata berbanding tahun lalu dengan pencapaian 62.83 mata.

Penurunan itu sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan kedua bagi negara ASEAN selepas Thailand yang berada pada tangga ke-87 dalam indeks tersebut.

Ia diikuti dengan kedudukan ketiga iaitu Indonesia di tangga ke-111, Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).

Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dalam kenyataan berkata, laporan RSF menyatakan bahawa penurunan kedudukan negara didorong oleh faktor tindakan kerajaan dalam menapis dan menyekat hantaran atau perkongsian yang menyentuh sentimen 3R (agama, raja dan kaum).

Menurut kenyataan tersebut, faktor lain juga melibatkan tindakan kerajaan mengekalkan usaha menapis isu-isu sensitif dan menghalang keupayaan media dalam membangkitkan subjek tersebut.

“Penapisan dalam talian terus kekal di Malaysia walaupun di tengah-tengah peralihan ke platform dalam talian, seterusnya mengekalkan kelaziman pantang larang 3R dan keupayaan wartawan bercakap mengenai isu-isu penting yang berkaitan dengan orang ramai.

“Malaysia dan kerajaannya mesti berusaha untuk meningkatkan kedudukan Indeks Kebebasan Akhbar Dunia RSF yang suram. CIJ menggesa kerajaan untuk mengangkat budaya ketakutan dan ancaman semasa bergerak ke arah mewujudkan negara yang bebas dan persekitaran yang membolehkan media membuat pelaporan beretika,” kata kenyataan itu pada Jumaat. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat